Bukan Setakat Jual Daging, Ini 5 Cara Buat Untung Besar Dengan Ternak Kambing!

Pelik tak bila tengok penternak kambing kat kampung-kampung ni, walaupun hari-hari bergelumang dengan bau kandang dan penat cari rumput, tapi muka masing-masing sentiasa senyum sampai telinga?

Bukan apa, sebenarnya mereka tengah sorok satu rahsia besar: bidang ternak kambing ni kalau kena gaya pengurusannya, untungnya memang boleh buat kita terbeliak mata!

Mungkin ada yang ingat bela kambing ni sekadar hobi orang pencen. Tapi hakikatnya, permintaan terhadap kambing ni sangat tinggi, bukan je kat Malaysia, tapi sampai ke luar negara. Dan yang paling best, permintaan ni makin naik setiap tahun.

Kalau korang ada impian nak ada ladang sendiri yang penuh dengan kambing “3G” (Gemuk, Gebu, Gempal), korang sebenarnya sedang menuju ke arah lubuk emas. Jom kita bongkar 5 cara macam mana penternak boleh jana income lebat yang korang mungkin tak pernah terfikir pun sebelum ni!

1. Menjual Kambing (Lubuk Duit Utama)

Ini memang cara paling standard. Orang cari kambing ni tak kira masa. Ada yang nak buat kenduri aqiqah, ada yang nak buat majlis kahwin, dan paling ‘masyuk’ tentulah masa musim Raya Haji untuk ibadah korban.

Selain jual daging, korang juga boleh jual baka. Ramai orang baru nak mula ternak kambing secara kecil-kecilan akan cari baka yang berkualiti. Kalau kambing korang sihat dan jenis baka yang elok, harganya boleh melambung tinggi. Malah, kalau ladang korang dah cukup besar, korang boleh mula fikir pasal eksport daging ke luar negara. Bayangkan duit Dollar atau Euro masuk dalam akaun korang!

2. Jadi Pembekal Susu Kambing (Emas Putih)

Susu kambing ni khasiat dia jangan cakaplah, memang banyak gila dan sangat menyihatkan. Sebab tu la sekarang ni korang boleh tengok banyak gila produk berasaskan susu kambing kat pasaran.

Bukan setakat untuk minum je tau, tapi pengeluar produk kecantikan pun berlumba-lumba nak cari susu kambing untuk buat sabun, syampu, dan losyen. Kalau korang ada baka penusu yang hebat macam baka Saneen, korang boleh jadi pembekal tetap kepada kilang-kilang produk ni. Income bulanan korang akan jadi lebih stabil sebab permintaan susu ni konsisten setiap hari.

3. Jual Kulit, Bulu, dan Tanduk (Seni Jadi Duit)

Mungkin bagi sesetengah orang, kulit atau tanduk ni nampak macam sampah yang patut dibuang lepas kambing disembelih. Tapi bagi orang seni dan pembuat kraftangan, ini semua barang berharga!

Kulit kambing sangat popular untuk buat jaket kulit yang mahal, kasut but, malah alat muzik macam kompang dan beduk. Bulu dia pun boleh diproses. Tanduk pula laku keras untuk dijadikan hiasan atau barang kraftangan yang unik. Jadi, jangan sesekali buang benda-benda ni sebab ada nilai pasaran yang tinggi kalau korang tahu kat mana nak jual.

4. Pembekal Baja Organik (Tahi Jadi Rezeki)

Jangan tutup hidung dulu bila sebut pasal najis kambing! Bagi orang yang suka berkebun atau pekebun sawit dan sayur, tahi kambing ni adalah “baja magik”. Ia terbukti sangat berkesan sebagai baja organik yang tak merosakkan tanah dan selamat untuk tanaman.

Kos nak hasilkan baja ni hampir kosong ringgit sebab kambing korang “hasilkan” benda ni hari-hari secara percuma. Korang cuma perlu kumpul, keringkan, dan pekkan dalam guni. Jual kat nurseri pokok atau pekebun, dah boleh buat income sampingan yang sangat lumayan tanpa perlu modal tambahan yang besar.

5. Pembekal Usus Kambing (Wira Dalam Perubatan)

Ini mungkin info yang paling mind-blowing. Usus kambing yang kita rasa remeh tu sebenarnya sangat penting dalam bidang perubatan global. Usus ni akan diproses menjadi benang jahitan pembedahan (catgut).

Kenapa usus kambing? Sebab ia sangat tahan lama dan paling penting, ia selamat untuk tubuh manusia kerana sifat organiknya. Bayangkan, sambil korang bela kambing kat kandang, korang sebenarnya sedang menyumbang kepada industri perubatan dunia sambil menjana keuntungan yang besar!

Tak Ada Alasan Lagi Untuk Tak Mula Sekarang!

Nampak tak?

Bidang ternak kambing ni bukan setakat jual daging semata-mata. Setiap inci badan kambing tu sebenarnya boleh jadi duit kalau korang ada ilmu.

Penat memang penat, tapi bila tengok income masuk dari pelbagai punca (daging, susu, baja, kulit, usus), rasa penat tu terus hilang!

Tapi, kuncinya satu je: ILMU. Jangan terus terjun tanpa persediaan.

Korang kena tahu cara pilih baka yang betul, cara jaga kesihatan kambing, dan cara urus kandang supaya kambing korang jadi “3G” dan laku keras kat pasaran.

Kalau korang rasa berminat tapi masih blur nak mula kat mana, korang wajib dapatkan ebook “Rahsia Kambing”. Ebook ni bukan tulis guna teori kosong, tapi ditulis oleh Mohamed Farid Sulaiman berdasarkan pengalaman sebenar beliau yang mula secara sambilan.

ternak kambing

Dalam ebook ni, korang akan belajar:

  • Cara kenal baka pedaging dan penusu yang terbaik.
  • Teknik bina kandang kos murah tapi kualiti mantap.
  • Rahsia buat extra income setiap bulan supaya masalah kewangan korang selesai.
  • Panduan lengkap step-by-step untuk pemula (newbie).

Harga ebook ni cuma RM70 je. Ibarat pelaburan sekecil modal beli sebaldi dedak, tapi ilmunya boleh menyelamatkan korang daripada rugi beribu ringgit sebab tersilap langkah.

Jom mulakan langkah pertama korang jadi usahawan tani berjaya harini!

Rujukan: Ternakan kambing

Artikel berkaitan: Kenapa Korang Kena Baca Ebook Cara Ternak Kambing Ni Sebelum Pergi Kursus Yang Mahal?

Similar Posts