Jangan Jadi Penternak Lalang! Ini 5 Rahsia Pilih Baka Sebelum Mula Ternak Kambing
Memang semangat bila nak mula projek ternak kambing ni, tapi kena pandai rancang modal.
Selalu sangat nampak kes kat mana pengusaha syok sendiri buat kandang gempak dan sewa tanah luas, tapi akhirnya kandang tu kosong melompong.
Modal habis licin kat “aksesori” sampai bajet nak beli aset paling penting—iaitu kambing—dah tak ada. Hujung-hujung, ladang tu cuma penuh dengan lalang je, bukan kambing yang buat duit.
Baka kambing ni sebenarnya “enjin” bisnes korang.
Kalau pilih baka yang berkualiti, bukan setakat kambing tu sihat, tapi pulangan modal pun jadi lagi laju.
Setiap baka ada fungsi masing-masing, ada yang fokus kat daging dan ada yang pakar bab susu.
5 Jenis Baka Kambing Paling Berbaloi Nak Labur
Kena faham karakter setiap baka ni dulu supaya tak tersalah pilih:
- Katjang (Jenis Pedaging) Baka tempatan ni memang lasak dan tak ada masalah nak hidup dengan cuaca Malaysia. Paling syok, dia punya tahap kesuburan tinggi—sekali beranak boleh dapat sampai 4 ekor anak! Kualiti daging dia pun memang laku keras kat pasaran.
- Jamnapari (Jenis Penusu & Pedaging) Orang panggil juga kambing Ettawa. Baka ni kira dwi-fungsi sebab boleh dapat susu dan daging sekali gus. Dia pun jenis subur, sekali beranak biasanya boleh dapat sampai 3 ekor anak.
- Boer (Raja Daging) Ini baka pedaging terbaik dunia. Kambing Boer ni jenis cepat besar. Baru umur 5-6 bulan, berat dia dah boleh cecah 45 kg! Sebab daging dia sedap, permintaan baka ni memang sentiasa tinggi dan harga pun premium.
- Anglo Nubian (Dwi-Fungsi & Lasak) Sesuai sangat untuk sesiapa yang nak hasil susu dan daging serentak. Dia boleh bagi hasil susu dalam 2 liter sehari dan jenis yang tahan lasak, tak mudah kena penyakit.
- Saneen (Pakar Susu) Kalau fokus korang memang nak jual susu secara komersial, cari baka Saneen. Dia boleh hasilkan susu dalam 3 ke 4 liter setiap hari masa tempoh menyusu. Kebanyakan baka ni juga selalu dapat anak kembar dua.
Cara Bijak Pilih Ikut Matlamat
Tentukan niat asal korang sebelum keluarkan duit.
Kalau setakat nak buat hobi belakang rumah, baka tempatan dah cukup.
Tapi kalau betul-betul nak jadikan ternak kambing ni kerjaya profesional, kena ambil baka komersial macam Boer atau Saneen.
Pastikan korang belek betul-betul fizikal dan rekod keturunan kambing tu sebelum bayar.
Ilmu Tu Pelindung Poket
Aset paling berharga sebenarnya bukan saiz kandang, tapi ilmu pengurusan.
Main beli kambing tanpa tahu cara jaga yang betul cuma akan buat korang rugi. Ebook “Rahsia Kambing” tulisan Mohamed Farid Sulaiman ada kongsi panduan lengkap untuk sesiapa yang nak mula dari kosong.
Dalam tu ada rahsia macam mana nak pilih baka kualiti supaya tak kena kencing dengan pembekal, siap dengan teknik buat kandang kos rendah yang praktikal.
Dengan modal ilmu cuma RM70, korang boleh elak rugi beribu ringgit sebab tersilap langkah.

Korang boleh usha panduan lengkap tu kat bawah sini.
Rujukan: Ternakan kambing
Artikel berkaitan: Kenapa Korang Kena Baca Ebook Cara Ternak Kambing Ni Sebelum Pergi Kursus Yang Mahal?






