Kenapa Korang Kena Baca Ebook Cara Ternak Kambing Ni Sebelum Pergi Kursus Yang Mahal?
Siapa kat sini yang ada impian nak berhenti kerja pejabat, balik kampung, dan mula hidup tenang sebagai usahawan tani?.
Kalau korang tengah baca artikel ni, maksudnya korang mungkin salah seorang yang dah lama pasang niat nak ternak kambing tapi masih rasa ragu-ragu.
Dunia media sosial sekarang selalu tunjuk kisah kejayaan penternak yang jana pendapatan beribu-ribu ringgit sebulan.
Memang mengujakan, kan?. Tapi sebelum korang terus melabur beratus atau beribu ringgit untuk hadir kursus intensif atau seminar yang mahal, ada satu rahsia yang korang kena tahu.
Kenapa kena baca ebook “Rahsia Kambing” dulu? Jom saya kongsikan kenapa ebook ni lagi berbaloi untuk newbie.

1. Elak Kesilapan “Paling Pahit” Sejak Langkah Pertama
Ramai orang kita ni jenis “hangat-hangat tahi ayam”. Ada modal sikit, terus nak buat kandang paling canggih. Ada satu kisah benar pasal seorang pemuda yang habiskan RM6,000 semata-mata nak buat kandang yang cantik gila. Tapi lepas 3 bulan kandang siap, seekor kambing pun tak nampak bayang.
Sebab apa? Sebab duit dah habis kat kandang, sampai nak beli baka kambing pun dah pokai. Kalau dia baca ebook ni dulu, dia akan tahu perancangan modal tu lagi penting daripada rupa paras kandang. Ebook ni ajar korang macam mana nak bina kandang dengan kos rendah tapi tetap selesa untuk kambing.
2. Belajar Dari Pengalaman Sebenar, Bukan Teori Semata
Kursus luar selalunya padat dengan teori teknikal yang kadang-kadang susah nak hadam dalam masa sehari dua. Ebook Rahsia Kambing ni pula ditulis oleh Mohamed Farid Sulaiman, seorang penternak sambilan yang mula dari bawah dengan modal minima hasil simpanan sendiri.
Dia kumpulkan ilmu dari buku, artikel, seminar, dan yang paling penting—tunjuk ajar daripada mentor otai macam “Pakcik H” yang berjaya kembangkan 5 ekor kambing jadi 1,000 ekor dalam masa 7 tahun!. Ilmu “jalanan” macam ni yang korang takkan dapat dalam buku teks sekolah.
Kenapa Mesti Pilih Kambing?
Kalau korang perasan, permintaan terhadap daging dan susu kambing kat Malaysia ni tak pernah cukup. Dua tahun lepas je, negara kita terpaksa import lebih 12,000 ekor kambing dari luar negara semata-mata nak penuhi permintaan yang terus meningkat.
Selain permintaan tinggi, ternak kambing ni ada banyak kelebihan:
- Kadar Pembiakan Laju: Ibu kambing boleh lahirkan anak purata 1.5 kali setahun dan kadar kelahiran kembar pun tinggi.
- Haiwan yang Jinak & Manja: Kambing ni antara ternakan yang paling mudah dijaga dan kurang diserang penyakit kalau nak banding dengan ayam.
- Boleh Mula dengan Modal Kecil: Korang tak perlukan 100 ekor untuk bermula. Ramai penternak berjaya mulakan projek dengan jumlah kambing bawah 10 ekor sahaja.
- Kawasan Tak Perlu Luas: Tak macam lembu, kambing cuma perlukan kandang yang bersesuaian dengan jumlahnya.
Apa Yang “Daging” Sangat Dalam Ebook Ni?
Korang mungkin tertanya-tanya, apa benda yang best sangat sampai kena baca? Ebook ni susun langkah demi langkah dari A sampai Z:
- Pilihan Baka Yang Betul: Jangan main redah je beli kambing. Kalau silap pilih baka, kambing korang mungkin kurus, tak berkualiti, dan cepat mati. Ebook ni ajar cara pilih 5 jenis baka popular macam Katjang, Jamnapari, Boer, Anglo Nubian, dan Saneen.
- Rahsia Makanan Kos Rendah: Kos makanan ni boleh buat penternak terduduk kalau tak tahu tekniknya. Kat sini korang akan diajar cara tanam rumput sendiri secara langkah-demi-langkah untuk jimatkan kos bulanan.
- Teknik Perah Susu: Bunyi macam senang, tapi kalau salah teknik, mahu kena terajang dengan kambing!. Ebook ni siap ada gambar cara perah susu yang betul dan tenang.
- Rawatan Penyakit: Kambing sakit? Jangan panik. Ada senarai penyakit biasa dan cara nak rawat sendiri sebelum panggil doktor veterinar.
Buat Duit Tanpa Perlu Jual Kambing (Extra Income!)
Ini bahagian yang paling ramai orang terlepas pandang.
Dalam ebook ni, korang akan didedahkan dengan cara jana “income” tambahan tanpa perlu jual kambing korang:
- Menjadi Pembekal Susu: Susu kambing sangat tinggi permintaannya untuk produk kesihatan dan kecantikan.
- Jual Baja Organik: Najis kambing adalah baja organik yang sangat berkesan untuk tanaman.
- Organ & Produk Sampingan: Kulit, bulu, tanduk, malah usus kambing pun laku keras dalam bidang kraftangan dan perubatan.
Dapat 3 Bonus Istimewa Kalau Korang “Grab” Harini
Kalau korang beli harini, korang bukan dapat satu ebook je, tapi ada pakej lengkap untuk terus mula:
- Bonus #1: Senarai Semak Bajet. Supaya korang tahu setiap sen duit korang pergi mana.
- Bonus #2: Contoh Kertas Kerja Pinjaman. Kalau korang nak buat skala besar tapi modal tak cukup, guna contoh ni untuk mohon pinjaman bank.
- Bonus #3: Ebook Extra Income. Rahsia macam mana nak buat duit lebih tanpa jual kambing ternakan korang.
Kesimpulan
Ternak kambing memang menjanjikan keuntungan yang lumayan kalau dilakukan dengan ilmu yang betul.
Tak payah tunggu gaji RM10k baru nak mula melabur dalam ilmu.
Belajar dari kesilapan orang lain adalah cara paling bijak untuk berjaya.
Jadi, sebelum korang bazirkan beratus ringgit untuk kursus yang korang mungkin lupa lepas seminggu, laburkan RM70 dulu untuk “kitab” lengkap ni.
InsyaAllah, perjalanan korang sebagai usahawan agro akan jadi lebih mudah dan terancang.
Rujukan: Ternakan kambing
Artikel berkaitan: Nak Ternak Kambing Tapi Tak Tahu Mula Kat Mana? Baca Ni Dulu Sebelum Poket ‘Bocor’!






