7 Pecahan Kos Wajib Tahu Sebelum Korang Ternak Kambing Sendiri
Tengah syok memandu kat kawasan kampung, tiba-tiba nampak kandang kambing yang penuh dengan kambing gempal, terus terdetik dalam hati, “Best jugak kalau aku ada kandang sendiri ni…”
Memang syok! Bidang ternak kambing ni sebenarnya lubuk duit yang jarang orang nampak.
Permintaan daging kambing kat Malaysia ni tak pernah cukup sampai kita kena import beribu-ribu ekor dari luar negara setiap tahun.
Tapi, sebelum korang bersemangat nak beli baka, ada satu benda besar kena hadap dulu: KOS & MODAL.
Kebanyakan penternak tersungkur tengah jalan bukan sebab kambing mati, tapi sebab “poket bocor”.
Perancangan kos kelaut.
Jadi, sebelum korang buat keputusan nak berhenti kerja atau labur semua duit simpanan, jom kita bedah 7 pecahan kos wajib tahu supaya tak “terduduk” kemudian hari.
1. Kos Tanah Untuk Ternak Kambing (Beli atau Sewa)
Ini benda paling asas. Kambing perlukan ruang, bukan setakat untuk kandang, tapi untuk kawasan persekitaran.
- Ada tanah sendiri: Tahniah! Dah jimat banyak. Tapi pastikan tanah tu bukan kat tengah-tengah taman perumahan yang padat, nanti jiran komplen pasal bau, pening kepala korang.
- Kena sewa: Kos ni kena masuk dalam bajet bulanan. Pastikan kontrak sewa tu lama sikit, janganlah baru nak merasa hasil, tuan tanah dah suruh pindah pula.
2. Kos Membina Kandang (Syurga Kambing)
Ingat, nak buat kandang ni bukan macam buat reban ayam. Kandang kambing kena ada spesifikasi dia. Ketinggian kena betul, pengudaraan kena mantap, dan paling penting, lantai kena senang nak cuci.
- Bajet: Kalau korang pandai bertukang sendiri atau guna kayu-kayu terpakai, kos minimum mungkin dalam RM2,000.
- Tips: Tak payah nak berhabis buat kandang mewah sangat sampai duit nak beli kambing pun habis. Biar kandang tu praktikal, selesa, dan selamat daripada pemangsa macam anjing liar atau pencuri.
3. Kos Menanam Rumput Napier (Makanan Utama)
Penternak baru selalu ingat boleh harapkan dedak semata-mata. Silap besar! Kos dedak atau pallet sekarang ni makin mahal. Cara terbaik nak jimatkan kos adalah dengan tanam rumput Napier sendiri.
- Kos: Kena beli keratan batang rumput Napier untuk mula tanam.
- Kenapa wajib? Rumput Napier ni cepat tumbuh dan sangat berkhasiat. Kalau ada bekalan rumput sendiri kat ladang, korang dah jimat hampir 50% kos makanan bulanan. Ilmu tanam rumput ni nampak remeh, tapi inilah “nyawa” poket penternak.
4. Kos Makanan Tambahan & Pallet
Walaupun ada rumput, kambing tetap perlukan makanan tambahan (konsentrat) atau pallet untuk pastikan mereka cepat besar dan sasa (3G: Gemuk, Gebu, Gempal).
- Bajet: Kos ni berterusan. Kena kira ikut jumlah kepala kambing.
- Strategi: Gunakan pallet sebagai makanan tambahan je, bukan makanan utama 100%. Ini cara nak pastikan kambing kualiti “A” tapi kos tetap terkawal.
5. Kos Membeli Baka Kambing (Aset Utama)
Inilah kos yang paling besar. Harga baka kambing berbeza ikut jenis, usia, dan kualiti.
- Harga Pasaran: Biasanya antara RM600 hingga RM1,500 seekor.
- Jenis Baka: * Boer: Mahal sikit sebab daging banyak.
- Katjang: Baka tempatan yang tahan lasak dan cepat membiak.
- Jamnapari: Bagus untuk yang nak fokus pada susu dan daging sekaligus.
- Nasihat: Untuk permulaan, jangan terus beli 50 ekor kalau tak ada pengalaman. Mula dengan sepasang atau 5-10 ekor dulu untuk belajar “karakter” mereka.
6. Kos Ubat-ubatan & Kesihatan
Kambing ni macam manusia jugak, kadang-kadang demam atau kena jangkitan. Jangan tunggu kambing dah nazak baru nak cari ubat.
Standby kos untuk:
- Ubat cacing: Wajib bagi secara berkala.
- Ubat kurap & kutu: Supaya kulit kambing cantik dan tak gatal.
- Antibiotik & Vitamin: Untuk kuatkan sistem imun mereka.
- Rawatan luka: Terutamanya kalau jenis kambing yang suka gaduh.
7. Kos Operasi (Pekerja, Utiliti & Lain-lain)
Kalau buat secara sambilan dan urus sendiri, mungkin kos ni rendah. Tapi kalau dah ada 50 ekor ke atas, bantuan amat diperlukan.
- Pekerja: Gaji untuk orang yang tolong cuci kandang atau cari rumput.
- Utiliti: Bil air dan elektrik (lampu kandang waktu malam).
- Pemasaran: Kos untuk iklankan kambing masa nak jual nanti, contohnya buat banner atau iklan kat Facebook.
Jadi, Berapa Modal Minimum Nak Mula?
Berdasarkan pengalaman penternak berjaya, kalau ada tanah sendiri dan nak mula secara kecil-kecilan (sepasang atau 3 ekor), modal sekitar RM5,000 hingga RM10,000 diperlukan.
Modal terhad? Jangan risau. Mula dengan apa yang ada di tangan. Yang penting, jangan buat pinjaman bank melulu kalau tak ada kertas kerja yang detail atau ilmu yang cukup.
Kesimpulan:
Modal beribu ringgit pun boleh hangus kalau tak ada ilmu.
Ada yang ingat ternak kambing ni setakat bagi makan rumput je, tapi realitinya banyak selok-belok kena belajar.
Dari cara nak perah susu sampai ke cara nak rawat kambing beranak, semuanya perlukan ilmu.
Kalau rasa macam blur lagi dan tak tahu nak mula kat mana, ada satu panduan yang sangat recommended iaitu ebook “Rahsia Kambing”.
Ebook ni ditulis oleh Mohamed Farid Sulaiman berdasarkan pengalaman sebenar beliau sendiri yang bermula secara sambilan.

Dalam ebook tu, dia ceritakan detail pasal:
- Cara bina kandang kos murah (RM2,000 pun boleh!).
- Langkah-demi-langkah penjagaan kambing dari A-Z.
- Macam mana nak buat kertas kerja kalau nak mohon bantuan atau pinjaman.
- Ada teknik buat extra income tanpa perlu jual kambing tu sendiri!
Laburkan sedikit untuk ilmu sekarang (harga ebook ni cuma RM70 je) daripada rugi beribu ringgit kemudian hari sebab tersilap langkah.
Rujukan: Ternakan kambing
Artikel berkaitan: Kenapa Korang Kena Baca Ebook Cara Ternak Kambing Ni Sebelum Pergi Kursus Yang Mahal?






