9 Checklist Wajib Buat Sebelum Beli Kereta & Sign Letter of Offer (LO) Bank. Jangan Sampai Menyesal!
Lepas berminggu-minggu korang pusing satu Selangor/KL cari showroom nak beli kereta, test drive sampai tiga empat buah kereta, akhirnya salesman call: “Bang, loan dah lulus! Jom datang showroom sign Letter of Offer (LO).”
Bila dah sampai tahap nak kena sign Letter of Offer (LO) daripada bank, maknanya korang dah tinggal selangkah je lagi nak dapat kunci kereta.
Masa ni, perasaan memang tengah berbunga-bunga.
Bau kedai kereta tu dah mula terbayang-bayar kat hidung, kan?
Tapi, korang kena ingat! Fasa sign LO ni adalah saat paling kritikal.
Ini adalah dokumen perjanjian hutang yang akan mengikat korang selama 5, 7, atau 9 tahun.
Sekali korang turunkan tandatangan, maknanya korang dah setuju dengan semua terma dan syarat, termasuklah “jerat” yang korang mungkin terlepas pandang kalau tak teliti.
Jangan sebab terlalu teruja, korang main sign je tanpa baca.
Kalau salah langkah, korang mungkin akan bayar ribuan ringgit lebih daripada yang sepatutnya.
Jom kita semak Checklist Wajib yang korang kena buat sebelum pen tu menyentuh kertas LO.
1. Semak Kadar Faedah (Interest Rate) – Jangan Terpedaya Angka Kecil!
Benda pertama yang korang kena tengok adalah Kadar Faedah.
Salesman mungkin kata interest 2.5%, tapi bila LO keluar, tiba-tiba jadi 2.8%. Kenapa? Sebab bank bagi interest ikut profil kewangan korang.
Ada dua jenis interest yang korang kena tahu:
- Fixed Rate: Kadar tetap sepanjang tempoh pinjaman. Paling popular untuk loan kereta.
- Variable Rate: Ikut turun naik kadar OPR (Overnight Policy Rate). Kalau OPR naik, ansuran bulanan korang pun naik.
Pastikan kadar yang tertulis dalam LO tu sama macam yang dijanjikan. Beza 0.1% pun boleh bawa beza beratus-ratus ringgit dalam tempoh 9 tahun tau!
2. Periksa Jumlah Pinjaman (Margin of Finance)
Adakah bank bagi 90% loan atau full loan (100%)?
Kalau korang letak deposit 10%, pastikan jumlah pinjaman tu betul. Kalau korang ambil full loan, sedarlah yang baki hutang korang akan jadi sangat tinggi.
Lagi satu, periksa kalau ada kos-kos tambahan yang “disumbat” masuk ke dalam loan tanpa korang sedar.
Contohnya, ada bank yang masukkan sekali kos insurans atau tambahan aksesori ke dalam loan. Ini akan buat korang kena bayar interest atas insurans tu juga. Rugi!
3. Tempoh Pinjaman – Betul Ke Nak Ikat 9 Tahun?
Check balik tempoh pinjaman dalam LO tu. Adakah ia 5, 7, atau 9 tahun? Ramai orang pilih 9 tahun sebab nak bulanan murah. Tapi, korang kena faham realiti “Negative Equity”.
Maksudnya, kalau korang ambil loan 9 tahun, nilai kereta korang jatuh lagi laju daripada baki hutang bank.
Kalau masuk tahun ke-4 korang rasa nak jual kereta sebab nak pakai duit atau nak upgrade, korang mungkin kena tambah duit sendiri beribu ringgit untuk tutup loan tu.
Dalam ebook “Mudahnya Beli Kereta”, Tuan Faizz ada terangkan bila waktu yang sesuai untuk ambil loan panjang atau pendek ikut situasi korang.
4. Semak “Effective Interest Rate” (EIR)
Ramai orang cuma tengok flat rate (contoh: 2.7%). Tapi bank sebenarnya kena nyatakan Effective Interest Rate (EIR) dalam LO.
EIR ni adalah kadar faedah sebenar yang korang bayar bila ambil kira kesan kompaun. Selalunya EIR ni nampak lagi besar (mungkin 5% ke atas).
Jangan terkejut, tapi gunakannya untuk bandingkan antara bank A dan bank B. Mana yang EIR lagi rendah, itu yang lebih untung.
5. Cas Penalti Selesaikan Loan Awal (Early Settlement)
Katakanlah 3 tahun lagi korang menang cabutan bertuah dan nak langsaikan terus hutang kereta.
Ada tak penalti kena bayar? Atau, ada tak korang dapat Rebat (Ibra’) kalau settle awal?
Benda ni wajib ada dalam LO.
Sesetengah bank bagi rebat yang lumayan kalau korang settle awal, tapi ada juga yang cas penalti tinggi. Baca betul-betul supaya tak menyesal kalau ada rezeki lebih nanti.
6. Caj Lewat Bayar (Late Payment Charges)
Hidup ni ada pasang surutnya. Manalah tahu satu hari nanti korang terlambat bayar sehari dua.
Berapa bank cas? Biasanya 1% setahun atas baki tertunggak.
Tapi, ada bank yang cas lebih tinggi. Korang kena tahu supaya korang boleh alert tentang tarikh akhir bayaran setiap bulan.
Jangan biarkan baki tertunggak ni makan skor kredit korang!
7. Penjamin (Guarantor) – Perlu Ke Tak Sebenarnya?
Kalau bank minta penjamin, maknanya profil kewangan korang ada “lubang” sikit di mata bank.
Sebelum sign, bincang balik dengan salesman atau pegawai bank.
Adakah korang boleh kurangkan jumlah loan supaya tak perlu penjamin? Sebab bila ada penjamin, korang bukan saja ikat diri sendiri, tapi ikat nasib orang lain juga (biasanya mak ayah atau pasangan).
Kalau korang tak bayar, mereka yang kena kejar.
8. Insurans & Roadtax – Jangan Sampai Kena “Paksa”
Sesetengah LO bank ada klausa yang mewajibkan korang ambil insurans dengan panel mereka sahaja untuk tahun-tahun seterusnya.
Ini agak leceh sebab korang tak boleh nak buat perbandingan harga insurans yang lebih murah di pasaran.
Pastikan korang tahu hak korang untuk pilih syarikat insurans sendiri.
9. Terma “Rule of 78”
Ini istilah teknikal sikit, tapi penting.
Kebanyakan loan kereta guna kaedah Rule of 78 untuk kira interest.
Cara ni buatkan korang bayar interest lebih banyak pada tahun-tahun awal pinjaman.
Sebab tu kalau korang nak jual kereta lepas baru pakai 2 tahun, baki hutang rasa macam tak luak langsung!
Hadamkan benda ni supaya korang tak rasa kena tipu dengan bank nanti.
Kenapa Korang Perlu “Khatam” Ilmu Ni Dulu?
Masalahnya, masa nak sign LO ni, pegawai bank selalunya akan cakap, “Sign kat sini, sini, dan sini ya encik.
Semuanya standard terma ni.” Bila mereka kata “standard”, kita pun rasa malas nak baca. Kita main sign je.
Tapi ingat, RM37 untuk ilmu dalam ebook “Mudahnya Beli Kereta” jauh lebih murah daripada kerugian beribu ringgit sebab korang tak faham apa yang korang sign.
Dalam ebook tu, Tuan Faizz Parid (Sales Advisor berpengalaman) ceritakan step-by-step apa yang korang kena buat dari fasa ujan loan sampai lah dapat kunci.
Dia dedahkan taktik-taktik yang biasa bank gunakan untuk “ikat” pelanggan.
Checklist Tambahan Sebelum Balik Dari Bank:
- Dapat satu salinan LO yang dah korang sign (Jangan balik tangan kosong!).
- Tanya bila tarikh first payment (Selalunya sebulan lepas dapat kereta).
- Pastikan nama, nombor IC, dan maklumat kereta (nombor enjin/chassis) dalam LO tu betul.
Kesimpulan: Jangan Biar Diri Kena “Game”
Beli kereta ni adalah satu komitmen kewangan yang besar.
Jangan biarkan keterujaan korang mengatasi kebijaksanaan korang.
Checklist kat atas ni adalah basic yang wajib korang tahu.
Kalau korang rasa pening dengan istilah DSR, EIR, atau Rule of 78, itu tandanya korang sangat perlukan bantuan.
Gunakan Kalkulator DSR Online yang datang sekali dengan ebook Mudahnya Beli Kereta tu.
Masukkan angka, tengok result, dan buat keputusan dengan kepala yang tenang.
Ingat, bila dah sign LO, korang dah “berkahwin” dengan bank tu selama bertahun-tahun.
Biarlah perkahwinan tu bermula dengan ilmu yang betul, bukan dengan rasa ragu-ragu.
Jangan sign selagi tak yakin!
Dapatkan ebook “Mudahnya Beli Kereta” sekarang untuk panduan penuh yang bakal jimatkan duit, masa, dan sakit kepala korang. RM37 je pun, tapi impak dia untuk masa depan kewangan korang… pergh, memang tak ternilai!

Rujukan: KWSP
Artikel berkaitan: Nasib Baik Aku Baca Ebook Ni Dulu Sebelum Beli Kereta. Kalau Tak, Masak Nak Bayar 9 Tahun!




