Betul Ke Tahun 2023 Ekonomi Gawat?

Untuk tahun 2023, pakar-pakar ekonomi serta bank dunia, meramalkan akan berlakunya kegawatan ekonomi global menjelang awal tahun hadapan.

Dengan kadar inflasi yang semakin meningkat di seluruh dunia, isu perang Rusia-Ukraine, kelembapan ekonomi China… dan terbaru, ketegangan antara Greece-Turki pula.. ianya menjadi tanda-tanda yang kuat, ekonomi dunia akan mengalami kegawatan seawal tahun 2023.

Betul ke?

Wallahhualam…(hanya Allah yang tahu)

Tapi.. jika ia benar-benar berlaku.. adakah ia akan turut memberi kesan kepada kita di Malaysia?

Dari laporan bank dunia, ekonomi Malaysia dikatakan berada pada kedudukan yang agak baik, namun, ia bukanlah jaminan bahawa negara kita tidak akan terkesan langsung jika kegawatan ekonomi global berlaku..

Pastinya, serba sedikit, ia akan memberi kesan juga…

Malah, kesannya sudah pun dirasai sekarang ini, kita boleh perasan, harga barang keperluan makanan semakin meningkat sejak beberapa bulan kebelakanggan ini.

Jadi, adalah amat penting untuk kita mengambil langkah awal dan membuat persediaan bagi menghadapi gelombong kemelesetan global ini.

Jika ia benar-benar berlaku dan memberikan kesan kepada kita di Malaysia ini.. sekurang-kurangnya kita sudah bersedia… tetapi jika ia tidak berlaku..

Alhamdulilah!

Orang kata…

“Sediakan payung sebelum hujan!”…

Tapi.. kalau tak hujan?

Baguslah! Alhamdulilah..!

Kita tak rugi apa-apa pun… cuma, kalau betul-betul hujan!

Kita dah ada payung! 🙂

Persoalannya… apakah persediaan yang boleh kita lakukan?

Ada 3 perkara yang kita boleh lakukan sebagai langkah persediaan awal menghadapi gelombong kemelesetan ekonomi global yang dijangka akan berlaku pada awal tahun 2023 kelak!

Langkah #1: Pastikan Cashflow Bulanan Kita Positif!

Apa yang dimaksudkan dengan “cashflow bulanan”.. bahasa mudahnya.. “duit keluar-masuk” setiap bulan dalam akaun bank/poket kita.

Pastikan Income yang kita perolehi setiap bulan… adalah lebih banyak dari perbelanjaan bulanan kita.

Belanja ni bukan sahaja belanja makan & minum, tetapi termasuk semua sekali perbelanjaan bulanan kita seperti loan/sewa rumah, loan kereta, takaful, yuran taska anak dan sebagainya.

Setelah bayar semua perkara tu.. pastikan kita masih ada lagi wang lebihan (cashflow positif)

Income – Belanja = Positif (masih ada baki!)
Ini perkara pertama yang kita kena pastikan!

Tetapi, jika cashflow kita negatif…
Dimana, setiap bulan, kita asyik kekurangan duit.. setiap bulan terpaksa korek tabung atau pinjam kawan-kawan dan berhutang…

Maka, kita kena ceat-cepat “fix” perkara tersebut.

Kalau kita tak fix ia cepat-cepat, nanti, jika betul-betul berlaku kemelesetan ekonomi global, ia akan menyebabkan kewangan kita bertambah lebih teruk dan parah, serta amat sukar untuk diperbaiki!

Macam mana nak “fix” cashflow yang negatif?

Hanya ada 2 cara…

  1. Kurangkan Belanja.
  2. Tambahkan Income

Itu sahaja caranya… anda boleh buat salah satu.. atau buat kedua-duanya sekali!

Macam mana nak buat?

Untuk kurangkan belanja…..ada banyak cara… panjang kalau nak di ceritakan! Pergi cari guru dan belajar!

Untuk tambahkan income pula….

Ini pun ada banyak cara…..

Anda boleh berniaga ataupun buat kerja part time.. jika ada modal besar sikit.. boleh juga buat trading/pelaburan ..

Tak tahu nak buat semua tu?

Anda kena belajar! Upskill!

Inilah masa untuk anda tambah ilmu & kemahiran baru..

Anda perlu cari dan belajar ilmu-ilmu baru.. ilmu-ilmu yang boleh bantu anda untuk tambah pendapatan anda.

Tak boleh lagi tangguh-tangguh ataupun mengharapkan bantuan dari bos, jiran, kawan, kerajaan dan orang lain.

Anda perlu berusaha dan berikhtiar sendiri!

Anda perlu lakukan sesuatu untuk perbaiki cashflow bulanan anda..

Perlu bertindak segera!

Langkah #2 : Sediakan Wang Simpanan 6-12 bulan.

Ada orang panggil ia.. “Emergency Fund” , ada yang panggil “Cash Reserve”

Apa pun namanya… ianya adalah merupakan duit simpanan yang perlu kita ada untuk menghadapi saat-saat kecemasan & situasi kegawatan ekonomi!

Duit inilah yang akan kita gunakan, jika berlaku hal-hal kecemasan seperti kemalangan, kenderaan rosak, mesin basuh & peti ais rosak dan sebagainya.

Dan duit ini jugalah, yang boleh kita gunakan untuk menampung “cash flow” bulanan yang negatif , apabila berlaku kegawatan ekonomi.

Ia sangat penting, dengan adanya wang simpanan ini, ia serba sedikit akan melegakan kedudukan kewangan kita

Persoalannya, berapa banyak wang yang perlu disimpan?

Sekurang-kurangnya.. 6 bulan kos perbelanjaan bulanan kita.

Jika sebulan kita berbelanja RM2,000.. maka, kita perlu ada sekurang-kurangnya RM12,000 sebagai simpanan kita.

Lebih baik.. jika kita boleh sediakan untuk tempoh 12 bulan.

Kenapa perlu 6-12 bulan?

Sebab.. mengikut laporan bank dunia, kegawatan ekonomi yang akan berlaku pada tahun hadapan, hanya akan mula beransur pulih pada pertengahan tahun 2023, itupun jika tiada sebarang “bencana besar” berlaku (seperti perang, wabak baru, bencana alam dll).

Jadi, mulai dari sekarang dan untuk tempoh beberapa bulan ini…

Sebaiknya, cuba berjimat & iktiar tambah income agar kita dapat tambah dan cukupkan “wang simpanan” kita.

Next… langkah ke-3

Langkah #3 : Lindungi Cashflow & Simpanan Yang Ada

Walaupun cashflow bulanan kita positif dan simpanan kita pun sudah ada untuk 12 bulan. Namun, ia sebenarnya boleh hilang & susut dalam sekelip mata jika ada “bencana” yang menimpa diri atau keluarga kita, contohnya seperti “sakit & kemalangan”.

Apabila ada ahli keluarga kita yang sakit dengan serius dan terpaksa dimasukkan ke hospital… ia akan memerlukan kos perbelanjaan yang besar.

Perkara ini akan membuatkan kita terpaksa mengeluarkan wang simpanan yang kita ada, malah, jika situasi lebih buruk, ia mungkin akan menghabiskan keseluruhan simpanan kita.

Jadi, adalah lebih bijak, jika kita dapat mengambil langkah awal.
Melindungi “simpanan” & kewangan kita dengan mengunakan takaful/insuran.

Jika ada berlaku apa-apa hal berkaitan kemalangan & kesihatan.. biar pihak insuran/takaful yang tanggung kos tersebut.. dengan cara ini, kita dapat selamatkan wang simpanan yang kita ada.

Perkara-perkara “buruk” yang boleh di “cover” dengan takaful..

kita gunakan takaful (sakit & kemalangan)

Manakala perkara-perkara “buruk” yang tidak boleh dicover dengan takaful.. seperti “dibuang kerja”, “rumah kena banjir”, “bisnes terpaksa tutup” dll…

maka , kita akan gunakan wang simpanan yang ada untuk cover.

Takperlah.. keluarkan sedikit wang simpanan kita untuk bayar yuran takaful/insuran (3-5% dari simpanan yang ada)…. daripada.. kita kehilangan 100% duit simpanan tersebut jika berlaku bencana “sakit & kemalangan” pada ahli keluarga kita.

Baiklah!

Itulah 3 langkah yang boleh kita lakukan sebagai langkah persediaan, jika berlakunya kegawatan ekonomi global pada tahun hadapan.

  1. Pastikan Cashflow Bulanan Positif
  2. Sediakan Wang Simpanan 6-12 bulan
  3. Ada Insuran/ Takaful yang Lindungi Kewangan

Jika kita dapat buat 3 langkah ini, dan kalau benar-benar berlakunya kegawatan ekonomi dunia yang memberikan kesan kepada kita di Malaysia, insyallah kita boleh bertahan dan survive!

Tapi.. kita doa sama-sama agar kegawatan ekonomi tersebut tidak berlaku dan tidak memberikan kesan yang besar kepada kita di Malaysia.

Jika anda betul-betul serius untuk mengawal kembali kewangan anda dan keluar daripada situasi berhutang ini, saya cadangkan anda membaca perkongsian daripada seorang pakar motivasi dan penulis buku terkenal, Dr HM Tuah Iskandar dalam ebooknya yang bertajuk “JOM BEBAS HUTANG”

Dalam ebook ini, beliau berkongsi cara terbaik yang beliau sendiri gunakan untuk membayar kembali kesemua hutang-hutang bank dan menjadi bebas hutang dengan lebih berkesan..

Strategi yang beliau gunakan ini telah terbukti mampu membantu para pembacanya kembali mengawal dan membayar hutang dengan lebih mudah..

Antara ilmu bebas hutang yang dikongsikan dalam ebook ini ialah:

  • 4 Jenis hutang SEBENAR yang perlu anda ketahui dan sebahagian besar daripadanya perlu dielakkan..
  • 3 Perkara WAJIB yang perlu anda miliki sebelum mengambil sesuatu hutang agar tidak terperangkap dalam bebanan hutang selama-lamanya..
  • 3 Kategori hutang dalam kehidupan anda dan cara TERBAIK untuk menyelesaikannya..
  • 10 Prinsip & Perkara PENTING yang perlu anda lakukan untuk langsaikan semua hutang anda dengan lebih mudah..
  • 3 Langkah BERKESAN yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan dan melunaskan hutang anda satu demi satu dengan lebih pantas..
  • 3 Langkah EFEKTIF yang perlu anda lakukan apabila menghadapi kesulitan serta gagal untuk membayar hutang-hutang anda..
  • 3 Perangkap nafsu & kehendak yang perlu anda ELAKKAN agar hidup anda mampu menjadi bebas dari sebarang masalah hutang..
  • Amalan harian serta doa MUSTAJAB yang mampu membantu anda melepaskan diri dari masalah hutang serta memulihkan stress yang anda hadapi akibat hutang..

Dengan ilmu yang dipelajari daripada ebook ini, anda pasti mampu mengawal kembali kewangan anda dan mampu untuk membayar hutang-hutang anda satu per satu dengan menggunakan strategi yang lebih berkesan..

Ini memudahkan anda untuk menjadi bebas kewangan!

Jika selama ini anda pening kepala tercari jalan bagaimana strategi terbaik untuk keluar daripada hutang-hutang yang membelenggu hidup anda, kini semuanya dibongkarkan dalam ebook “JOM BEBAS HUTANG” ini untuk membantu anda memulihkan kembali kewangan anda serta mengawal hutang-hutang dengan lebih baik.. Inilah penyelesaian terbaik untuk anda!

Jom pelajari cara TERBAIK untuk keluar dari penjara hutang dengan lebih BERKESAN di:

Isi Nama & Emel Anda Untuk Dapatkan Info Lanjut Panduan Jom Bebas Hutang


Similar Posts