Berapa Kali Nak Blast Sms Masa Product Launch?
Berapa kali nak blast SMS masa product launch?
Sejak kami agresif gunakan teknologi klasik seperti SMS, muncul pula banyak pertanyaan.
Berapa kali nak blast SMS?
Nak tulis apa?
Kami dah pernah kongsikan benda ini banyak kali.
Tapi, kali ini, kita kongsikan lebih detail ya.
SMS 1 – Launch.
60 saat sebelum jualan dibuka, hantar SMS launch.
Contoh SMS launch?
[Brand A] Cepat! Jualan dah dibuka. 5 pembeli pantas dapat iPhone 12. Klik sini: (websiteanda).
SMS 2 – Reminder.
SMS reminder ini sebaiknya hantar 1 atau 2 jam selepas SMS pertama dihantar.
Tujuan utama? Bagi peringatan pertama sebelum jualan tutup.
Contoh SMS reminder?
[Brand A] Lagi 2 jam kami tutup jualan tau. Cepat beli sebab dapat 50% diskaun. Klik: (websiteanda)
SMS 3 – Final Call.
Yang terakhir ini kira peringatan terakhir.
Boleh saja nak blast 30 minit sebelum jualan tutup.
Contoh SMS final call?
[Brand A] Berita buruk. Lagi 30 minit jualan tamat. 50% diskaun pun akan sold out. Beli sekarang: (websiteanda)
Tapi, pastikan 3 SMS ini dihantar kepada prospek yang masuk dalam waiting list saja.
Sebab kita sudah dapat kebenaran mereka untuk bagi peringatan semasa jualan dibuka.
Nak belajar banyak lagi? Dapatkan buku Hack A Launch hari ini!

Buku Hack a Launch akan dedahkan formula, strategi, langkah demi langkah untuk dapatkan sales 6 ke 7 angka dalam masa kurang 4 jam.