Bagaimana Cara Naikkan Motivasi?
Motivasi ini macam mandi.
Hari-hari kena mandi untuk rasa segar.
Untuk jadi motivasi secara konsisten, penting untuk kita faham prosesnya.
Motivasi ini sangat penting supaya kita boleh capai matlamat yang kita mahu dalam hidup.
Buku-buku motivasi biasanya menggariskan 3 proses asas iaitu:
1 – Activation.
2 – Persistence.
3 – Intensity.
Activation itu apa?
Bagaimana kita aktifkan ‘rasa’ motivasi?
Adakah dengan membaca buku? Adakah dengan menonton video kejayaan orang lain?
Atau adakah dengan melihat diri kita sendiri?
Ada orang lihat vision board pun sudah cukup untuk buat mereka rasa motivasi.
Ada orang, lihat anak-anak dan isterinya pun dah cukup buatkan mereka bermotivasi.
Kenal pasti punca ‘activation’ kita. Kalau boleh, sebaiknya lebih dari 1 punca.
Persistence pula?
Saya lebih selesa guna perkataan degil.
Orang bermotivasi dan berjaya mencapai kejayaan besar ini biasanya degil.
Degil dengan diri sendiri.
Selagi tak jadi, dia tak akan berhenti.
Tapi perasaan degil ini hanya muncul apabila rasa motivasi itu sudah meresap dalam diri.
Intensity?
Selepas rasa motivasi dan degil bergabung, maka akan wujud satu emosi yang paling penting iaitu intensity.
Intensity berlaku apabila kita buat kerja bersungguh-sungguh.
Kita tak rasa penat.
Setiap kali kerja-kerja itu selesai, hidup kita puas.
Proses activation, persistence dan intensity adalah proses yang penting untuk kita buat hari-hari.
Sebab itu segalanya bermula dengan activation.
Soalan saya kepada anda?
Apakah punca activation anda?
Baca buku? Hisap gam?
Share post dan share juga punca activation anda.

Buku Hack a Launch akan dedahkan formula, strategi, langkah demi langkah untuk dapatkan sales 6 ke 7 angka dalam masa kurang 4 jam.