Bagaimana Cara Lajukan Sales Product Launch Untuk 10 Minit Pertama Apabila Jualan Dibuka?

Dalam dunia product launch, 10 minit pertama adalah indikator kejayaan atau kegagalan.

Jika 10 minit pertama jualan yang masuk sangat perlahan, maka kita kebarangkalian akan gagal.

Jika sebaliknya, kebarangkalian kita untuk berjaya hit sales yang besar jadi sangat tinggi.

Jadi, macam mana nak tingkatkan kebarangkalian untuk kita berjaya dalam 10 minit pertama?

1 – Fast action bonus.

Apa ganjaran yang boleh buatkan customer rasa rugi kalau mereka tak buat pembelian secepat mungkin apabila jualan dibuka?

Soalan di atas sangat penting.

Untuk kita mempengaruhi customer buat pembelian pantas, penting untuk kita bagi ganjaran.

Sebagai contoh:

Produk: Ebook Panduan Mula Bisnes Makanan Dari Rumah.

Fast action bonus: Percuma online 1-to-1 coaching selama 2 jam.

2 – Berapa ramai yang layak dapat?

Sebabkan ini fast action bonus, kita terhadkan pada beberapa orang saja.

Angka yang terbaik?

Bawah 10 pembeli.

Ini berdasarkan eksperimen kami sendiri.

Jika bawah 10, persepsi seperti terhad, istimewa dan wajib beli cepat akan muncul di minda customer.

Contohnya:
Produk: Ebook Panduan Mula Bisnes Makanan Dari Rumah.
Fast action bonus: Percuma online 1-to-1 coaching selama 2 jam.

Terhad untuk: 10 pembeli pantas apabila jualan dibuka pukul 8 malam.

3 – Boiler room.

Kita ini manusia. Kita perlu mandi setiap hari untuk rasa segar.

Sama juga dengan fast action bonus.

Penting untuk kita bakar bakal customer kita setiap masa untuk buatkan mereka rasa segar dan semangat.

Supaya mereka jadi tak sabar apabila jualan dibuka.

Contoh-contoh boiler room:

1 – Email list.
2 – Telegram Group.
3 – Telegram Channel.
4 – Whatsapp Group.
5 – Facebook Group.

4 – 3 boiler videos.

Dari sudut kempen marketing fast action bonus pula macam mana?

Apa yang kami belajar daripada eksperimen dan alumni Hack A Launch, mereka biasanya akan buat video untuk highlight fast action bonus.

Sebab video ini antara elemen yang paling kuat untuk bagi customer nampak nilai fast action bonus kita.
Jadi, cadangan saya supaya hasilkan 3 boiler videos berbeza untuk fast action bonus.

Boiler videos ini mengandungi:

1 – Kongsikan masalah customer berkaitan dengan fast action bonus.
2 – Kongsikan manfaat utama berkaitan dengan fast action bonus.
3 – Siapa yang layak dapat fast action bonus?
4 – Apa yang perlu mereka lakukan?

Contoh skrip yang anda boleh guna dalam boiler video fast action bonus:

Fast action bonus: Percuma online 1-to-1 coaching selama 2 jam.

1 – Kongsikan masalah customer berkaitan dengan fast action bonus.

“Nak private coaching 1-to-1 dengan saya sendiri selama 2 jam untuk mulakan bisnes makanan dari rumah?”

2 – Kongsikan manfaat utama berkaitan dengan fast action bonus.

“Saya nak bagi private coaching ini secara percuma, kepada 10 pembeli pantas yang beli ebook pada tarikh 12hb Mac 2020. Jualan akan dibuka pada pukul 8 malam.”
3 – Siapa yang layak dapat fast action bonus?

“Hanya 10 pembeli yang pantas buat pembelian apabila jualan dibuka saja ya.”

4 – Apa yang perlu mereka lakukan?

“Untuk jadi 10 pembeli pantas nanti, masukkan nama, nombor telefon dan email anda menerusi borang dalam website kami. Kami akan SMS kepada anda 60 saat lebih awal sebelum jualan dibuka.”

Dalam buku Hack A Launch, ada banyak lagi strategi yang anda akan belajar dari sebelum dan selepas launching produk.

Anda boleh dapatkannya sekarang.

Isikan Nama & Emel Anda Untuk Order Buku Hack a Launch Sekarang! (Ada Harga Diskaun)

Buku Hack a Launch akan dedahkan formula, strategi, langkah demi langkah untuk dapatkan sales 6 ke 7 angka dalam masa kurang 4 jam.

Similar Posts