Kenapa Usahawan Perlu Capai Sales 7 Angka?
Kenapa sales 7 angka?
Sebelum itu, penting untuk kita faham konteks sales 7 angka.
Secara ringkasnya, apabila angka kita mencecah RM1,000,000.
Kenapa angka di atas?
Sebab itu adalah angka normal bagi kebanyakan pemilik bisnes.
Angka RM1,000,000 ibarat angka yang wajib dicapai.
Mungkin kita pernah dengar satu ayat daripada salah seorang usahawan yang popular di Malaysia iaitu,
“Kalau buat bisnes tapi tak capai sales 1 juta, baik tak payah buat bisnes. Buang masa.”
Walaupun ayat itu agak kasar, tapi ada kebenaran di sebaliknya.
Contoh kebenaran?
Kita buat bisnes.
Enjin dalam bisnes adalah jumlah duit yang masuk ke dalam akaun bank.
Jadi amaun yang besar adalah satu matlamat yang memang normal perlu dicapai.
Dalam masa sama, penting untuk kita tahu tahap kita sekarang.
Bila kita tahu tahap kita sekarang, baru kita boleh merancang fasa sales bisnes kita secara berperingkat.
Saya sendiri adalah seorang yang konservatif.
Kerana saya pernah berada dalam keadaan yang gelojoh, iaitu mahukan sales yang besar dalam masa singkat.
Tak mustahil boleh dapat.
Dalam masa sama, apabila sales meningkat terlalu laju, ada banyak lagi benda kita perlu bersedia.
Jadi sebaiknya kita buat aktiviti ringkas seperti di bawah:
- Sales bisnes kita sekarang: RM10,000 / sebulan.
- Sasaran fasa 2: RM30,000 / sebulan
- Sasaran fasa 3: RM50,000 / sebulan
- Sasaran fasa 4: RM100,000 / sebulan.
- Sasaran fasa 5: RM200,000 / sebulan.
- Sasaran fasa 6: RM500,000 / sebulan.
- Sasaran fasa 7: RM700,000 / sebulan.
- Sasaran fasa 8: RM800,000 / sebulan.
- Sasaran fasa 9: RM900,000 / sebulan.
- Sasaran fasa 10: RM1,000,000 / sebulan.
Fasa ini bergantung pada bisnes dan industri kita.
Dalam setiap fasa, akan ada perubahan dan penambahbaikan dari sudut marketing, sales, operation, accounting, staff, culture, management, leadership dan sebagainya.
Apabila jelas dengan angka bagi setiap fasa, baru kita mula susun dan kenal pasti strategi dari sudut marketing dan sales.

Buku Hack a Launch akan dedahkan formula, strategi, langkah demi langkah untuk dapatkan sales 6 ke 7 angka dalam masa kurang 4 jam.