Bagaimana Cara Buat Special Story Untuk Product Launch?
Apa maksud special story?
Special story adalah cerita tentang kenapa kita buat sesuatu tawaran.
Supaya bakal customer kita rasa tawaran itu sangat special dan mewujudkan sebab yang kuat untuk mereka bertindak.
Yang paling menarik? Setiap hari kita ada special story.
Sebentar lagi saya bagi contoh. Supaya senang faham.
Bila kita faham strategi special story, kita akan nampak cara untuk buat kempen product launch untuk setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun.
Dalam erti kata lain, product launch boleh jadi satu ketagihan yang rasmi dan menguntungkan. Haha.
1 – Apa yang berlaku dalam kehidupan kita hari ini?
Setiap hari, pasti akan ada sesuatu yang terjadi dalam kehidupan kita.
Jika kita berfikiran kreatif, kita boleh wujudkan tawaran istimewa daripada apa yang berlaku pada diri kita setiap hari.
Sebagai contoh:
Situasi hari ini: Beli makanan kucing dan bagi makan kepada kucing di kawasan rumah.
Skrip dan tawaran khas untuk product launch:
Hari ini saya dapat berkongsi rezeki dengan kucing-kucing di kawasan rumah saya.
Alang-alang saya tengah happy tengok kucing-kucing ini seronok melantak, saya nak bagi sekali tawaran khas kepada semua orang.
Saya namakan tawaran ini: “The Happy Cat Offer”
Diskaun 50% untuk pembelian pakej A.
Harga asal: RM250.
Harga diskaun: RM125. Saya bagi sekali free postage.
Tawaran tamat pukul 11 malam ini ya.
2 – Apa yang berlaku dalam kehidupan kita minggu ini?
Minggu ini ada buat apa-apa aktiviti yang lain daripada lain?
Aktiviti yang berlaku juga boleh dijadikan sebagai special story untuk product launch.
Sebagai contoh:
Situasi minggu ini: Dapat jumpa kawan-kawan sekolah menengah masa reunion di rumah.
Skrip dan tawaran khas untuk product launch:
Syoknya dapat reunion dengan kawan sekolah menengah minggu ini!
Sebab itu saya juga nak buat tawaran istimewa untuk semua customer minggu ini.
Jom reunion bersama produk ABC.
Reunion offer: Beli combo 3 produk ABC. Dapat percuma 10 free gift!
Jualan akan dibuka pada 11/11/20 (Rabu). Hanya dari pukul 8 malam sampai 11 malam saja!
3 – Apa yang berlaku dalam kehidupan kita bulan ini?
Sekarang kita pergi pada skop yang lebih besar.
Ada apa-apa aktiviti yang kita buat pada bulan ini?
Atau sesuatu yang istimewa berlaku?
Sebagai contoh:
Situasi bulan ini: Sambut hari lahir nenek yang ke 90.
Skrip dan tawaran khas untuk product launch:
Alhamdulillah. Bulan ini dapat sambut birthday nenek saya yang ke 90.
Saya juga nak bagi anda special offer!
Beli apa saja produk ABC sebelum pukul 11 malam ini, dan anda cuma perlu bayar RM90 saja.
(Jangan risau, kos penghantaran semua syarikat kami tanggung).
Bayangkan sebenarnya kita ada special story setiap masa.
Maksudnya setiap masa kita boleh buat product launch.
Ini antara perkara penting yang anda perlu tahu untuk launching produk.
Kalau nak belajar lebih banyak lagi, anda boleh dapatkan buku Hack A Launch sekarang.

Buku Hack a Launch akan dedahkan formula, strategi, langkah demi langkah untuk dapatkan sales 6 ke 7 angka dalam masa kurang 4 jam.