Bagaimana Cara Buat Copywriting Untuk Main Bonus?

Main bonus ini sama saja konsepnya dengan free gift.

Biasanya untuk product launch, kami akan bagi cadangan supaya sediakan 3 main bonus.

(Atau 3 free gift… Minimum)

Selepas kita lalui proses pengesahan free gift menerusi survey dan sebagainya, barulah kita mula hasilkan kempen copywriting dan marketing untuk semua main bonus.

1 – 1 main bonus = 1 copywriting

Maksudnya, kalau kita ada minimum 3 main bonus, maka kita akan ada 3 copywriting berbeza (minimum).

Sebagai contoh?

Produk: Handsocks.

Main bonus 1: Tudung (1 kempen copywriting).
Main bonus 2: Pin tudung (1 kempen copywriting).
Main bonus 3: Mini iron (1 kempen copywriting).

2 – Setiap copywriting main bonus, terangkan minimum 3 manfaat.

Sama saja macam kita jual produk.

Kita terangkan manfaat produk.

Apa matlamat kita terangkan manfaat produk?

Supaya bakal customer dapat rasakan bonus ini sangat bermanfaat untuk mereka.

Secara tak langsung, membuatkan mereka teruja untuk masuk ke dalam waiting list dan beli produk semasa pelancaran nanti.

Contohnya?

Main bonus: Tudung.

Manfaat 1 – Senang gosok.
Manfaat 2 – Kain lembut.
Manfaat 3 – Design updated ikut trend 2020.

3 – Siapkan copywriting menggunakan 5 elemen ini

Elemen pertama, headline.
Elemen kedua, product launch story.
Elemen ketiga, manfaat main bonus.
Elemen keempat, tawaran untuk product launch.
Elemen kelima, visual main bonus.

Contohnya?

Main bonus: Tudung.

Elemen 1 – Headline:
Tudung percuma untuk setiap pembelian handsocks brand ABC.

Elemen 2 – Product launch story:
Pada 13hb November 2020 (Jumaat), kami akan buat special offer sempena hari lahir founder iaitu Puan A.
Hanya dari pukul 9 malam hingga 11 malam saja.

Elemen 3 – Manfaat main bonus:
Setiap pembelian handsocks brand ABC, anda juga akan dapat tudung percuma (bernilai RM49)!

1 – Senang gosok.
2 – Kain lembut.
3 – Design updated ikut trend 2020.

Elemen 4 – Tawaran untuk product launch:
Selain tudung, ada 2 lagi free gift yang anda akan dapat.

Klik website ini sekarang: (website anda)

Elemen 5 – Visual main bonus:
Video pegang tudung dan ulang semula ayat elemen 1, 2, 3 dan 4.

Nak belajar banyak lagi bagaimana buat copywriting untuk launching produk?

Anda boleh baca buku Hack A Launch hari ini.

Isikan Nama & Emel Anda Untuk Order Buku Hack a Launch Sekarang! (Ada Harga Diskaun)

Buku Hack a Launch akan dedahkan formula, strategi, langkah demi langkah untuk dapatkan sales 6 ke 7 angka dalam masa kurang 4 jam.

Similar Posts