Apa Asas & Formula Marketing “People’s Power”?
Saya paling suka topik ini sebenarnya.
“People’s Power”
Sebab ia boleh tukarkan persepsi dan pemahaman kita terhadap marketing dan copywriting.
Apa maksud atau teori disebalik “People’s Power”?
1 – Siapa yang membeli? Manusia.
2 – Bagaimana manusia buat keputusan pembelian? Mereka lihat apa yang manusia lain buat.
3 – Contoh? Bila kita lihat ada manusia lain kongsi pengalaman guna sebarang produk atau servis, maka kita akan lebih mudah dan cepat terpengaruh.
Majoriti keputusan pembelian kita adalah hasil terpengaruh daripada manusia lain.
Jadi bagaimana untuk gunakan strategi “People’s Power”?
1 – Sentiasa berusaha dapatkan visual feedback
Saya dah banyak kali tekankan perkara ini.
Visual feedback adalah senjata marketing paling hebat dan straight forward.
Sebaiknya, setiap bulan kita mempunyai 5 ke 10 visual feedback yang berkualiti dari sudut gambar atau video.
Apa maksud dan contoh berkualiti?
- Pengalaman lepas guna produk atau servis yang spesifik.
- Gambar dan video perkongsian pengalaman yang jelas.
- Mesej yang meyakinkan orang lain (Digunakan sebagai headline).
2 – Ada tawaran khas dan percuma untuk mereka.
Saya suka kongsikan taktik ini kepada klien-klien.
Asasnya adalah menghargai pengalaman dan visual feedback.
Apabila mereka bagi marketing material untuk kita, maka sebaiknya kita balas ganjaran mereka.
Sebagai contoh?
Setiap customer yang bagi visual feedback samada gambar atau video, kami akan berikan produk atau servis percuma.
Kenapa?
Kerana kita boleh gandakan sales bisnes dengan visual feedback yang mereka berikan.
Contoh?
- Produk: Tudung.
- Customer: Aminah.
- Visual feedback: Video.
- Hadiah: 5 tudung percuma.
- Kos: RM150.
Potensi: Daripada 1 material video itu saja, kita berpotensi untuk dapat sales 4 ke 6 angka jika digunakan dengan betul.
3 – Bantu mereka jadi askar marketing kita
Asas marketing: Buat ramai orang berbeza berkongsi pengalaman guna produk atau servis kita.
Jika kita buat semua perkara sebelum ini secara konsisten, maka sebenarnya kita sedang membina askar marketing.
(Tanpa kita perlu pandai marketing)
Sebagai contoh?
Dalam masa sebulan, kita ada 10 video atau gambar customer berbeza yang guna produk atau servis.
10 video ini boleh dipecahkan kepada beratus jenis ads creative.
Boleh cuba beratus jenis headline.
Boleh eksperimen berpuluh jenis warna background.
Boleh eksperimen berpuluh jenis design thumbnail.
Boleh eksperimen berpuluh jenis copywriting.
Sebab itu saya sentiasa tekankan, asas marketing adalah manusia berbeza yang berkongsi pengalaman guna produk atau servis kita.

Buku Hack a Launch akan dedahkan formula, strategi, langkah demi langkah untuk dapatkan sales 6 ke 7 angka dalam masa kurang 4 jam.