Cara Buat Survey Untuk Dapatkan 3 Idea Free Gift Yang Murah (Tapi Convert)?

Saya nak sentuh topik free gift.

Walaupun saya dan Uncle dah banyak bagi tip, strategi dan taktik, tapi eksperimen ini tak pernah habis, dan tak akan habis.

Kali ini, saya nak bagi strategi dan langkah demi langkah untuk buat survey.

Jika kita ikut, berkemungkinan besar kita akan jumpa golden nugget dalam product launch iaitu:

“Offer yang high conversion.”

Langkah 1 – Senaraikan minimum 10 idea free gift bawah RM50

Senaraikan dulu minimum 10 idea free gift bawah RM50.
Pastikan free gift itu melengkapi customer kita.

Sebagai contoh:

Produk: Jubah.

Jual kepada: Wanita bertudung.

Idea free gift:

1 – Shawl.
2 – Pin tudung.
3 – Tudung brand lain.
4 – Handbag.
5 – Sejadah.
6 – Makeup set.
7 – Lipstick.
8 – Earring.
9 – Loket.
10 – Spray pencuci tudung.

Langkah 2 – Buat survey

Guna teknologi semudah Google Forms.

Percuma. Senang. Sekejap saja boleh siap.

Sebagai contoh, elemen-elemen yang boleh letak dalam Google Form:

  • Tell the story (Rujuk langkah 3)
  • Senarai 10 free gift. Bagi customer pilih.
  • Nama.
  • Nombor telefon.
  • Email.

Langkah 3 – Tell the story

Apa maksud tell the story?

Maksudnya, kita wujudkan cerita kenapa kita buat tawaran eksklusif.

Langkah 3 ini sangat penting.

Supaya customer tahu kenapa kita buat tawaran istimewa ini.

Contohnya:

  • Tawaran istimewa sempena birthday founder.
  • Tawaran istimewa sempena kucing beranak.
  • Tawaran istimewa sempena hari Ahad.

Ada banyak lagi yang anda boleh belajar dalam buku Hack A Launch.

Kalau berminat, anda boleh dapatkan sekarang di sini.

Isikan Nama & Emel Anda Untuk Order Buku Hack a Launch Sekarang! (Ada Harga Diskaun)

Buku Hack a Launch akan dedahkan formula, strategi, langkah demi langkah untuk dapatkan sales 6 ke 7 angka dalam masa kurang 4 jam.

Similar Posts