Bagaimana Bina Video Testimonial Customer Yang Menghasilkan Sales RM500,000?

Hanya 1 video testimonial customer yang menghasilkan sales RM500,000 daripada aktiviti ini.

Benda ini asas saja

Tapi tak seksi. Sebab tak melibatkan marketing sangat.

Lebih kepada jaga customer.

Setiap kali saya bekerjasama dengan klien, 30 hari pertama saya sendiri akan turun padang untuk buat kerja-kerja ‘kotor’ ini.

Boleh rujuk gambar yang saya bagi.

Nak senang faham, saya terus bagi gerak kerja contoh ya.

Nak buat atau tak nak, terpulang.

Kalau nak tiru modul berdasarkan sharing ini, sukahati lah. Kalau perangai dah memang macam orang hisap gam, nak buat macam mana.

Sebagai contoh, kita jual produk kecantikan:

1 – Setiap hari, saya akan call seorang customer. Rekod perbualan. Tak sampai 10 minit. Minimum seorang.

2- Boleh call pelbagai kategori customer. Yang baru buat order, barang baru hantar, atau yang dah dapat produk.

Paling best? Call yang repeat order.

3 – Setiap minggu? Jumpa 1 ke 3 customer serentak. Belanja mereka makan kat restoran. Boleh rekod video, video dan tangkap gambar.

Sambil minta testimonial.

(Customer yang sama macam poin 1 pun boleh. Customer yang baru pun boleh. Up to you).

4 – Kos belanja makan? Sah kedekut. Patutlah bisnes tak berkembang. Kejap lagi saya share macam mana aktiviti ini bagi unlimited return.

5 – Setiap bulan, belanja makan kat restoran. Skala ini boleh buat besar sikit. maksimum 10 orang customer.

6 – Setiap tahun? Buat reward untuk customer. Boleh buat di hotel. Maksimum 100 customer. Tapi kalau 20 orang pun okay.

Setiap satu aktiviti ini, tujuannya untuk dapatkan testimonial, progress customer, dan idea untuk tambahbaik produk atau servis yang kita jual.

Inilah ‘marketing’ yang sebenar iaitu meraikan pelanggan.

Saya ingat lagi.

Ada 1 video customer yang kami jadikan ads, memberi pulangan separuh juta (RM500,000) dari sudut sales dalam masa 3 bulan untuk klien.

Video itu direkod pakai smartphone, masa belanja customer makan di restoran.

Kos untuk belanja makan? Tak sampai RM300.

Video boleh pakai berapa kali? Sampai muntah.

Ini adalah basic strategy yang ramai lupakan.

Sibuk fikir idea copywriting power. Padahal sebenarnya idea itu datang dari customer kita.

Dari customer, kepada customer.

Isikan Nama & Emel Anda Untuk Order Buku Hack a Launch Sekarang! (Ada Harga Diskaun)

Buku Hack a Launch akan dedahkan formula, strategi, langkah demi langkah untuk dapatkan sales 6 ke 7 angka dalam masa kurang 4 jam.

Similar Posts