Kenapa Perlu Ada Aset Marketing?
Apa maksud aset marketing?
Secara ringkasnya, aset adalah apabila ia memberi nilai tambah dalam kehidupan dan bisnes kita.
Macam hartanah. Jika kita ada hartanah, ia berpotensi untuk naik harga dari sudut nilai hartanah itu sendiri.
Juga dari sudut sewa.
Dalam marketing juga ada aset.
Aset yang membawa maksud material marketing yang boleh kita gunakan untuk naikkan sales.
Dalam marketing, aset utama kita adalah customer.
Secara spesifik, customer yang memberikan visual feedback.
Apa maksud visual feedback?
Pengalaman mereka gunakan produk atau servis kita. Dalam bentuk video atau gambar.
Sebagai contoh?
Kita jual produk makanan.
Ada dua jenis iklan yang lalu.
Iklan pertama: Gambar produk makanan. Guna headline: Makanan saya sedap. Belilah.
Iklan kedua: Gambar atau video customer makan. Guna headline: Saya memang recommend (nama makanan).
Berdasarkan satu survey yang saya buat masa dalam Zoom meeting bersama 90 orang peserta.
99.9% peratus jawab akan respon pada iklan kedua.
Kenapa?
Kerana manusia hanya percaya pada manusia lain.
Apabila kita lihat ada manusia lain yang gunakan produk atau servis, secara tak langsung ia membina:
1 – Trust.
2 – Credibility.
3 – Emotion to buy.
.
Sebab itu, aktiviti mendapatkan visual feedback customer adalah aktiviti wajib dalam marketing.
Kerana asas dalam marketing adalah:
“Buat ramai orang berbeza kongsikan pengalaman menggunakan produk / servis kita.”
Ingat ayat ini.
Buat ramai orang berbeza.
Kerana marketing adalah persepsi.
Cara untuk bina persepsi adalah menerusi bukti-bukti pengalaman orang lain yang gunakan produk atau servis kita.
Jangan kedekut atau takut untuk keluarkan kos marketing pada peringkat awal, supaya kita dapatkan 1 ke 10 individu berbeza untuk kongsikan pengalaman mereka.
Ia adalah aset marketing yang mampu membantu melajukan sales bisnes kita.

Buku Hack a Launch akan dedahkan formula, strategi, langkah demi langkah untuk dapatkan sales 6 ke 7 angka dalam masa kurang 4 jam.