Bagaimana Cara Dapatkan Idea Copywriting & Marketing Power?

Sebelum ini, saya dah pernah terangkan tentang teori visual feedback.

Sekarang, saya nak kongsikan cara untuk dapatkan idea copywriting & marketing power.

Tanpa perlu kita bersusah payah brainstorm idea marketing & copywriting.

Interview customer atau individu yang guna produk atau servis.

Kenapa saya pecahkan dua kategori?

Customer dan individu?

Customer adalah mereka yang bayar, guna dan berpuas hati dengan produk.

Individu pula merujuk kepada sesiapa saja yang kita bagi produk atau servis percuma.

1 – Interview customer repeat order.

Ada sebab kenapa mereka repeat order?

Kerana mereka berpuas hati dengan produk atau servis.

Kenapa kita tak luangkan masa untuk dapatkan visual feedback mereka?

Secara automatik, kempen marketing dan copywriting kita menjadi power dan berpengaruh.

2 – Interview customer yang spend paling banyak.

Selain customer repeat order, fokus juga pada customer yang spend paling besar.
Mereka adalah aset emas.

Kenapa mereka sanggup spend besar dengan bisnes kita?

Itu tandanya tahap kepercayaan dan kepuasan mereka menggunakan produk atau servis kita sangat tinggi.
Kenal pasti siapa yang spend paling besar setiap tahun.

Dapatkan visual feedback mereka.

3 – Interview customer yang recommend produk atau servis.

Ini juga sangat power.

Tanya pada diri kita sendiri.

Apabila kita recommend produk atau servis pada orang lain, apa maksudnya?

Maksudnya customer itu sanggup jadi mesin marketing untuk bisnes kita tanpa dipaksa.

Jadi golongan seperti ini sebaiknya kita dapatkan visual feedback.

4 – Interview individu yang kita bagi produk atau servis percuma.

Ini sangat sesuai untuk bisnes baru dan bisnes lama.

Majoriti bisnes baru, memang saya minta guna strategi ini.

Contohnya?

Jika saya baru mula bisnes tudung, saya akan korbankan 5 ke 10 stok tudung saya untuk diberikan kepada wanita yang saya kenal.

Dan saya pastikan mereka memang perlukan tudung ini.

Jika mereka berpuas hati, mereka boleh secara sukarela untuk berikan visual feedback.

Bayangkan dalam masa 1 ke 2 minggu, kita sudah ada 3 ke 5 video atau gambar (visual feedback) daripada customer.

Maka kita boleh terus gunakan untuk kempen marketing.

Kawan-kawan terdekat saya yang gunakan cara ini dah berjaya bina bisnes daripada zero hingga sales jutaan ringgit.

Isikan Nama & Emel Anda Untuk Order Buku Hack a Launch Sekarang! (Ada Harga Diskaun)

Buku Hack a Launch akan dedahkan formula, strategi, langkah demi langkah untuk dapatkan sales 6 ke 7 angka dalam masa kurang 4 jam.

Similar Posts