Bagaimana Brainstorm dan Execute Idea Marketing Untuk Produk Servis?
Kalau saya jual servis. Ini cara saya brainstorm dan execute idea marketing.
(Contoh idea untuk property, takaful, unit trust, website / graphic design, servis kereta / motor, servis rumah (repair aircond etc), dan sebagainya)
Saya selalu dapat soalan,
“Kalau saya jual servis, macam mana?”
Betul, saya selalu tunjuk contoh berdasarkan produk.
Tapi jangan hadkan pemikiran kita bahawa servis pula berbeza.
Asas tetap sama, kita mahu menjual kepada manusia.
Untuk servis pula, mereka membeli kerana kita (penjual / ejen dan sebagainya)
Contoh-contoh servis?
1 – Property.
2 – Takaful.
3 – Unit trust.
4 – Website / graphic design.
5 – Servis kereta / motor.
6 – Servis rumah (aircond, cuci rumah dan sebagainya)
Nampak macam berbeza, tapi asas marketing tetap tak lari jauh mana.
Saya akan cuba terangkan setiap satu untuk berikan idea, dan bagaimana untuk kaitkan dengan apa yang kita belajar sebelum ini.
1 – Property.
Kita tak jual rumah sebenarnya.
Kita jual diri kita sebagai ejen.
Jadi bagaimana untuk gunakan strategi seperti visual feedback?
Salah satu idea adalah memberikan konsultansi percuma untuk pembelian hartanah.
Sebagai contoh?
1 – Saya akan pilih 1 ke 3 orang yang memang nak beli hartanah.
2 – Buat Zoom dan kongsikan strategi pembelian hartanah.
3 – Minta feedback setiap individu selepas belajar dengan kita.
4 – Jadikan ia sebagai material marketing untuk bina trust terhadap prospek-prospek lain.
2 – Takaful
Sama saja seperti hartanah. Cuma topiknya saja berbeza.
Apa saya akan minta klien buat secara konsisten?
1 – Dapatkan 1 ke 5 orang untuk bagi nasihat perlindungan kewangan percuma.
2 – Jadikan video atau gambar sesi bersama mereka sebagai kempen marketing kita.
3 – Eksperimen pelbagai jenis thumbnail, headline dan warna untuk dapatkan prospek-prospek baru.
3 – Unit trust.
Apa yang saya akan minta klien buat secara konsisten?
1 – Dapatkan 1 ke 3 orang yang perlukan nasihat pembinaan portfolio kewangan mereka.
2 – Rekod dan tangkap gambar serta minta mereka kongsikan pengalaman selepas sesi.
3 – Gunakan material tersebut sebagai kempen marketing.
4 – Eksperimen kreativiti iklan seperti yang saya dah terangkan sebelum ini.
4 – Website / Graphic design.
Kita akan mula nampak pattern yang sama, apabila kita membaca sampai poin ini.
Saya akan minta klien untuk:
1 – Dapatkan 1 – 5 individu yang memerlukan servis nasihat pembinaan website atau design.
2 – Dapatkan pengalaman mereka selepas sesi dan material seperti video dan gambar.
4 – Gunakan material tersebut sebagai senjata marketing.
5 – Eksperimen kreativiti iklan macam yang saya dah terangkan sebelum ini.
5 – Servis kereta / motor.
Asas tetap sama.
Saya akan minta klien untuk buat:
1 – Pilih 1 – 3 individu yang memerlukan untuk bagi servis percuma yang kos rendah pada kita.
2 – Rekod video dan gambar serta minta mereka kongsikan pengalaman.
3 – Jadikan ia sebagai kempen marketing.
4 – Eksperimen kreativiti iklan seperti yang saya terangkan sebelum ini.
6 – Servis rumah (aircond, cuci rumah dan sebagainya)
Ingat lagi apa yang kita belajar sama-sama sebelum ini?
Benda yang sama.
Saya akan minta klien untuk:
1 – Pilih 1 ke 3 individu yang perlukan servis kita dan bagi servis percuma).
2 – Rekod pengalaman mereka menerusi video dan gambar.
3 – Jadikan material tersebut sebagai senjata marketing utama.
4 – Ekperimen pelbagai jenis kreativiti design seperti yang saya terangkan sebelum ini.
Kesimpulannya?
Asas tetap sama.
Kita biarkan manusia lain yakinkan bakal klien kita.
Tugas kita?
Visual feedback. Strategi boleh berubah dari semasa ke semasa.
Asas marketing? Tetap sama.

Buku Hack a Launch akan dedahkan formula, strategi, langkah demi langkah untuk dapatkan sales 6 ke 7 angka dalam masa kurang 4 jam.