3 Jenis Bonus Yang Wajib Ada Dalam Launching Produk Baru
Pejam celik, pejam celik dah nak masuk 2021. Macam mana dengan bisnes anda tahun ni? Okay ke?
Kami faham, ramai usahawan terkesan dengan pandemik COVID-19 ni. Ramai kena downsize, dan ada juga terpaksa gulung tikar.
TAPI, usahawan perlu bangkit. Bangkit dengan idea-idea yang fresh. Teruskan timba ilmu baru. Harini, kami nak kongsikan 3 bonus yang wajib ada setiap kali anda launching produk baru.
1. Fast Action Bonus
Fast Action Bonus adalah bonus yang tinggi nilainya atau istimewa, yang kita berikan kepada pembeli terawal.
Secara berperingkat, bonus istimewa ini kita tarik mengikut had kuota dan masa yang telah kita tetapkan.
Sebagai contoh, 10 orang pelanggan terawal yang membeli baju jenama OPQ, akan menerima bonus LMN yang bernilai RM1000.
Selepas cukup 10 pembeli, tarik bonus LMN tersebut.
Simple kan? Tapi ramai yang tak melaksanakan strategi pemasaran berkesan ini.
2. Main bonus
Selepas Fast Action Bonus, kita ada Main Bonus pula. Dalam main bonus ni dalam kata mudahnya adalah freegift.
Bila nak launching sesuatu produk, perkara yang wajib adalah freegift. & freegift pula minima kena 3.
Kenapa kena minima tiga freegift? Okay fikir macam ni:
Anda mungkin menjual produk A, dalam pada masa yang sama ada ramai lagi usahawan yang jual produk A ni. Jadi, macam mana nak bezakan dan buatkan pelanggan membeli produk A daripada anda?
Yes, dengan menggunankan main bonus ni lah. Lumrah manusia akan lebih terpikat dengan perkara yang memberikan mereka keseronakan.
3. Suprise bonus
Okay yang ni tak wajib, tapi kalau buat lagi baik!
Nak tahu pelbagai lagi teknik dan strategi?
Sertai kelas kami untuk ketahui pelbagai teknik dan strategi-strategi berkesan untuk bisnes anda!
Kelas Hack A Launch ini sesuai untuk: Produk Kesihatan - Produk Kecantikan - Produk Pakaian - Jual Rumah - Jual Takaful - Jual Unit Trust - Produk Digital - Makanan - Tuisyen - Servis Website - Servis Design - Servis Personal Trainer