Boleh Ke Buat Umrah DIY?

Nak tanya, anda pernah dengar tak pasal umrah DIY?

Saya sendiri pernah dengar juga pasal umrah DIY ni beberapa tahun lepas…

Pernah juga terbaca pengalaman beberapa orang yang pernah buat umrah DIY ni.

Seronok juga sebab diorang boleh buat umrah dengan kos yang lebih rendah berbanding pergi umrah dengan pakej yang ditawarkan oleh agensi travel dan umrah.

Tapi… Itulah. Kebanyakan yang cerita pasal umrah DIY ni, cerita mereka tak lengkap.

Hanya secara kasar sahaja. Jadi saya rasa ragu-ragu dan agak takut-takut juga nak buat umrah DIY ni..

Ada yang bertanya…

“Betul ke boleh buat umrah secara DIY? Tak menyalahi undang-undang ke?”

Sebenarnya, ya.. memang boleh je! Tak salah pun.

Malah, pihak kerajaan Arab Saudi sendiri, membenarkan pelancong-pelancong yang datang ke Arab Saudi membuat umrah.

Dibawah ini saya berikan screenshot kenyataan yang terdapat di halaman permohonan visa untuk ke Arab Saudi! (https://visa.visitsaudi.com)

Lihat pada ayat yang saya hightlight kan itu…dengan menggunakan visa pelancong, kita dibenarkan juga untuk membuat umrah…. apa yang tidak dibenarkan adalah, membuat haji dan melanjutkan pelajaran (daftar sebagai pelajar di universiti), untuk haji dan belajar.. perlu gunakan visa khas yang lain.

Jadi, ia sebenarnya tidak salah dan tidak melanggar undang-undang Arab Saudi.

Cuma..

Jika anda bertanya soalan ini kepada agens-agensi travel & umrah.. sudah pastinya, mereka tidak akan galakkan anda membuat umrah secara DIY dan akan memberikan pelbagai alasan untuk menakut-nakutkan anda.

Antara alasan yang akan sering diberikan adalah.. susah nak cari hotel, taxi dan makan.. takut nanti kena tipu.. sebab anda tak pandai cakap arab dan pelbagai lagi alasan.

Kena Pandai Cakap Arab Ke?

Ada yang bertanya…

“Betul ke kalau kita tak pandai cakap arab.. maka, Umrah DIY tak sesuai untuk kita, sebab nanti kita akan senang kena tipu dengan pak arab.”

Kalau anda pandai cakap arab.. itu memang satu kelebihan…

Tetapi, jika anda tidak pandai berbahasa arab.. ia bukanlah halangan yang besar untuk anda buat Umrah DIY.

Percaya atau tidak, kebanyakkan pak arab faham bahasa melayu, terutamanya golongan peniaga.. kalau setakat anda nak tawar menawar harga dan sebut harga tu dalam bahasa melayu pun.. 5,10,20.. 50.. 100.. mereka boleh faham!

Malah ada juga yang memang pandai cakap melayu.

Saya juga pernah bertemu dengan pekerja kedai yang fasih cakap melayu.. bila saya tanya macam mana dia pandai cakap melayu, rupanya dia adalah orang bangladesh dan pernah bekerja di Malaysia.

Manakala untuk naik teksi dan minta mereka hantar ke sesuatu lokasi atau hotel.. anda boleh tunjukkan sahaja kepada mereka kertas booking hotel anda atau lokasi tempat tu di google map di phone anda.. biasanya mereka akan tahu lokasi hotel tersebut.

Jadi, sebenarnya, bukanlah masalah besar untuk anda buat Umrah DIY jika anda tidak pandai berbahasa arab.

Cuma kalau anda boleh hafal beberapa patah perkataan mudah bahasa arab.. ia akan jadi bonus! 🙂

Namun, sekiranya anda berada dalam situasi yang rumit sangat dimana mereka dan anda tidak faham langsung apa yang cuba diperkatakan… anda boleh buka dan gunakan sahaja google translate di phone anda. 🙂

Gunakan fungsi “conversation”.. ia akan translate terus apa yang anda cakap ke bahasa arab dan pak arab tu pun boleh balas cakap anda.

Jadi, tak perlu takut dan risau, walaupun anda tidak pandai berbahasa arab, anda tetap boleh buat umrah DIY.

Ini Kos Paling Besar Untuk Buat Umrah!

“Apakah yang perlu dilakukan jika berlaku kemalangan atau sakit sewaktu mengerjakan umrah DIY? Siapakah yang boleh kita rujuk? Perlukah kita ambil insuran/takaful?”

Baiklah! Saya rasa, adalah baik juga jika saya berkongsi jawapan kepada soalan tersebut dengan Syahmi..

Untuk makluman Syahmi , pihak Arab Saudi, telah mewajibkan, kepada semua orang yang ingin mengerjakan umrah untuk memiliki perlindungan insuran. Malahan, bayaran insuran tersebut sebenarnya telah dimasukkan sekali dengan bayaran visa sewaktu kita memohon visa.

Ini poster yang dikeluarkan oleh Kementerian Haji Arab Saudi.

Jadi, jika berlaku apa-apa kemalangan atau bencana, anda tidak perlu risau… anda boleh dapatkan rawatan di hospital di Arab Saudi.

Nombor polisi insurance pula adalah mengikut nombor passport.

Diharapkan info yang saya berikan ini bermanfaat.

Kita sebenarnya, boleh je buat umrah sendiri tanpa gunakan agensi umrah dan travel. Dengan cara tu, kita boleh jimatkan kos sekitar 20% … dekat seribu lebih juga tu boleh jimat.

Anda boleh belajar dalam panduan Rahsia Umrah DIY..

Ia dah tunjuk secara step-by-step macam mana nak buat umrah secara DIY, sangat lengkap dan yang paling best.. siap dapat template bajet dan itenarary lagi…

Memang senang betul lah!

Anda boleh follow je template tu untuk buat perancangan umrah secara diy.

Yang teringin nak buat umrah dengan bajet yang rendah.. anda boleh cuba tengok panduan ni…

Isi Nama & Emel Anda Untuk Dapatkan Info Lanjut Panduan Rahsia Umrah DIY