Susah Nak Dapat 1 Juta Pertama?
Soalan ni selalu saya tanya pada sahabat dan guru-guru saya kalau saya jumpa mereka dulu..
Dulu rasa mustahil betul nak capai 1 juta tu.. terasa jauh sangat..
Tapi bila dah capai, baru tahu Rahsianya..
Teringat balik masa saya capai 1 Juta pertama.. saya termenung panjang.. Ingat kembali satu per-satu apa yang saya buat..
Dan akhirnya saya dapat pecahkan kepada beberapa tips yang anda boleh cuba ikut insyaa-Allah..
TIPS PERTAMA
Bila dapat idea terus buat. Benda ni paling payah, tapi effect dia boleh sampai ke sejuta sales haha!
TIPS KEDUA
Jaga pelanggan sedia ada. Saya lihat balik perjalanan saya, yang banyak support adalah pelanggan sedia ada. Benda ni kita sering lupa dan hari-hari asyik nak cari pelanggan baru.
Kos nak mencari pelanggan baru ni lebih mahal dari kos menjaga pelanggan sedia ada.
TIPS KETIGA
Jadi Professor. haha! maksudnya kena mengkaji setiap masa. Tiada istilah cara ni betul dan cara ni salah.
Ada masa jika kita buat cara ni menjadi pada kita tapi tak jadi kat orang lain. Kita ada cara kita tersendiri. Yang penting kita eksperimen sampai dapat cara yang sesuai dengan kita.
TIPS KEEMPAT
Terima pandangan orang lain. Nampak mudah, tapi ini paling susah juga orang nak buat.
Bila orang beri pandangan, balik terus kaji pandangan tersebut. Tak semua pandangan kita boleh buat terus.
Tu sebab kena kaji dulu. Bila tengok boleh implement, terus buat. Jangan tangguh lagi.
TIPS KELIMA
Mentor. Ini lah antara sebab utama kejayaan mencapai 1 Juta pertama.
Tak semestinya nak kena bayar puluh-puluh ribu untuk dapatkan mentor.
Mentor ni sebenarnya ada di mana-mana. Kadang-kadang ada dekat je dengan kita. Cuma kita kena cari mereka.
Jangan pernah lelah untuk mencari mentor yang serasi dengan kita.
Ok setakat ni lah dulu ya.. ada banyak lagi saya nak cerita sebenarnya..
Kalau anda tak tahu macam mana nak start onlinekan bisnes anda, boleh dapatkan panduan video Ads Hero ini.
Anda akan belajar step by step bagaimana naikkan jualan anda secara online.
