Anda Nak Mulakan Bisnes Online? Cuba 5 Projek Ini..

Hari ini saya nak sambung 5 lagi idea projek yang mungkin Syami boleh lakukan untuk menambah baik kehidupan Syami, tak kiralah sama ada dari segi kewangan, kesihatan, kerjaya, mahupun keluarga.

Baik….. untuk idea projek ke-6 ini… saya nak sentuh pasal kesihatan pula.

#1. Projek Kurus & Sihat!

Kalau anda memang dah sedia memiliki tubuh yang kurus dan sihat, mungkin anda boleh skip projek ini.

Tapi jika sebaliknya, mungkin anda boleh pertimbangkan projek ini.

Saya just nak share sikitlah pengalaman saya ya… 3 tahun lepas… saya pernah mencapai berat yang paling berat dalam hidup saya.. iaitu 87kg. Bagi anda mungkin ianya tidaklah berat mana, tapi bagi saya yang kategori tubuh kecil ini.. berat 87kg tu memang cukup menampakkan pipi saya menjadi sangat temban dan perut yang sedikit boroi dan terpaksa memakai seluar bersaiz 36 inchi.

Bukanlah saya tak pernah berusaha untuk turunkan berat badan atau sekurang-kurangnya, kekalkan pada berat yang ideal dari segi BMI… tapi kebanyakkan usaha kurang menjadi.

Saya pernahlah dengar-dengar dan baca tips dari sana sikit, sini sikit… ada yang kata, nak kurus tak boleh makan nasi, ada yang kata, tak boleh makan malam, ada yang kata kena pergi joging, ada yang suruh try makan ubat itu ubat ini dan macam-macamlah untuk kurus.

Dengan mendengar dan mengambil tips sana sikit sini sikit itu.. ianya tidak begitu membantu.

Jadi, apa yang saya buat…
Satu hari, saya bangun dari tidur… saya setkan matlamat..
Saya betul-betul nak kurus!

Kali ini saya serius dan saya akan gunakan teknik “iqra” yang pernah saya amalkan sewaktu muda-muda dulu.

Ah ha! Apa benda pulak teknik “iqra” tu?

Teknik ini adalah teknik ciptaan saya sendiri.
Ianya adalah satu teknik dimana, saya akan meluangkan masa selama 1-2 bulan untuk mencari dan membaca (iqra) sebanyak mungkin ilmu tentang sesuatu topik.

Dalam teknik “iqra” ini…
Saya akan luangkan masa mencari dan membaca beratus-ratus artikel, baca beberapa buah buku atau ebook, tonton berpuluh-puluh video, masuk seminar/webinar, join group-group di fb/wasap/telegram yang membincangkan pasal sesuatu topik yang ingin saya pelajari itu.

Dulu, saya akan buat teknik iqra ini selama 6 bulan…. tapi sekarang, 1-2 bulan sahaja sudah memadai.

Sebab dulu (tahun 2000) sumber ilmu dan rujukan itu tidak banyak , sekadar buku & artikel-artikel di blog…. tapi sekarang (2020), sumber ilmu tu dah ada banyak.. sama ada dalam bentuk blog, ebook, video, fb, telegram, webinar dan sebagainya. Jadi, proses pembelajaran itu dapat dipendekkan.

Tujuan utama teknik “iqra” ini, adalah untuk saya dapatkan sebanyak mungkin info tentang sesuatu topik agar saya dapat gambaran yang jelas ( “The Big Picture”) bagaimana sesuatu perkara itu berfungsi ( “How it works”).

Contohnya, dalam kes projek kurus ini… setelah membuat teknik “iqra” , barulah saya faham.. bagaimana sebenarnya tubuh badan berfungsi… apa punca sebenar yang menjadikan seseorang itu jadi gemuk, dan bagaimana cara yang sebenar-benarnya untuk turunkan berat badan.

Jadi, setelah saya dah betul-betul faham.. barulah saya start dan praktikkan ilmu-ilu yang saya dah dapat sewaktu proses teknik iqra.

Akhirnya.. dalam masa setahun lebih.. saya berjaya turunkan berat badan saya dari 87kg.. kepada 75 kg…. seluar dari saiz 36 kini dah boleh pakai semula saiz 33.

Kalau dikira-kira, penurunan berat badan saya tidaklah begitu drastik dan cepat seperti mana orang-orang lain yang boleh turunkan berat badan mereka sebanyak 20-30kg dalam masa 1-2 bulan….

Saya, mengambil masa setahun lebih untuk turun sebanyak 13kg. .. iaitu lebih kurang 1kg sahaja setiap bulan.

Kisah kejayaan saya turun berat badan ini, tidaklah “seksi” dan “wow” sangat…

Tapi.. bagi orang yang “tahu” dan ada “ilmu”…
Hakikat sebenarnya… turun berat badan secara sedikit demi sedikit inilah yang sebenarnya adalah merupakan cara yang paling terbaik.

Ianya lebih selamat dan bertahan lama… berbanding.. orang yang turun berat badan dalam tempaoh 3-4 bulan secara mendadak. Pada kebiasaannya.. orang yang jadi kurus dengan cepat ini, perubahan itu tidak akan bertahan lama dan mereka akan menjadi gemuk semula dengan cepat dalam masa beberapa bulan kemudian.

Alhamdulilah.. sekarang dah masuk 2 tahun, berat badan saya maintain sekitar 72-75kg sahaja. 🙂

Apa yang saya ingin sampaikan disini sebenarnya… “ilmu” itu adalah sangat penting apabila kita ingin menjalankan sesuatu projek atau plan.

Bagi orang islam.. kita selalu dengarkan kata-kata imam Syafi’i ini yang berbunyi..

“Barangsiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah dengan ilmu, barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaklah dengan ilmu”.

Jadi, usah terlalu kedekut untuk melabur dalam ilmu.. jika tidak ada duit untuk dilabur bagi mendapatkan ilmu dengan cepat.. maka, laburkan masa untuk mencari ilmu

Oh ya! Klikjer ada terbitkan sebuah panduan kurus yang dinamakan Formula Kurus, boleh dapatkan panduan tersebut jika anda ada plan untuk jalankan projek kurus sewaktu tempoh lockdown ini.

Saranan saya, gunakanlah tempoh lockdown ini sebagai tempoh anda membuat aktiviti iqra = “lombong ilmu”

Apa yang perlu anda lakukan.. tentukan dahulu apakah projek yang anda nak buat.. kemudian buat teknik iqra untuk tempoh 1-2 bulan.

Selepas itu, bila dah jelas dan rasa berbaloi.. barulah start buat projek tersebut.

Teknik ini jugalah yang saya gunakan untuk idea projek ke-7 yang saya nak share dengan anda..

#2. Projek Kebun Mini!

Ya! 2 tahun lepas… Allah izinkan saya mempunyai masa terluang yang agak banyak juga…. disebabkan tak tahu nak buat apa sangat dan isteri asyik komplen sahaja pasal kawasan tanah di belakang rumah yang semak-samun…

Maka, saya decide… untuk buat kebun mini di belakang rumah saya!

Tapi, masalahnya, saya boleh katakan agak zero jugalah pasal tanam-tanaman ni…

Sebelum ni adalah ternampak video viral kat facebook yang tunjuk cara-cara tanam sayur kat dapur dengan mudah tu.. ala.. video yang 5 minit tu, tak ingat apa nama video tu. yang tunjuk lepas potong sawi, kemudian letak bahagian akar sawi tu kat cawan yang ada sedikit air.. kemudian nanti ia akan tumbuh semula jadi pokok sawi yang baru… hah.. video yg tu la.. 🙂

Jadi, lepas tengok video tu.. saya pun try lah buat…

Sekali buat… tak menjadi pun… sawi tu tumbuh kecik je.. lepastu akar dia jadi busuk dan mati.. hu hu!

Kecewa dengan hasilnya…. saya jalankan teknik “iqra” tentang topik berkebun.
Saya baca beratus-ratus artikel, beli ebook dan tonton berpuluh-puluh video tentang cara menanam pokok rutin kegunaan dapur seperti pokok cili, serai, pandan, bendi, sawi, limau purut dan juga pokok pisang! Malah saya juga turut join group-group berkebun di fb.

Ada pelbagai teknik tanaman yang saya ketahui sepanjang proses “iqra” itu. Tetapi akhirnya.. saya ambil keputusan untuk buat kebun mini menggunakan kaedah tanaman pasu.

Sebabnya, saya tinggal di kawasan rumah teres dan dengan pasu, ianya lebuh mudah untuk saya pindah-pindahkan tanaman tersebut.

Hasilnya… selepas 6 bulan, saya berjaya tanam 12 pasu pokok cili, 1 pasu pokok serai, 2 pasu pokok limau purut, 1 pasu pokok daun pandan , 1 pasu pokok kari serta sebatang pokok pisang,

Sekarang, kalau orang rumah saya nak masak apa-apa.. dah jadi mudah dah… petik je, serai ke, daun pandan ke, daun kari, cili, daun limau purut.. semua dah ada kat kebun mini belakang rumah tu… kalau tidak.. dulu, setiap minggu saya nak kena beli daun kari, cili, daun pandan dan serai… hik hik! Jimat sikit dah belanja.. 🙂

Yang paling best.. pokok pisang.. asalnya saya tanam 1 batang pokok sahaja.. tapi sekarang.. pokok pisang tu dah membiak.. setiap 2 bulan, saya terpaksa tebang dan turunkan setandan buah pisang…. nak makan sengsorang, memang tak larat la, maka, saya bagi-bagilah pisang tu kat jiran-jiran… setiap 2 bulan sekali.. jiran-jiran saya dah tahu.. kalau saya tekan loceng rumah mereka.. takde benda lain lah tu… mesti nak bagi buah pisang.. hik hik!

ok! habis cerita ..kita pergi kepada idea projek ke-8 pula…

#3. Projek Tuisyen

Ah ha! Sejak covid-19 melanda…. saya perasan.. ramai anak-anak yang ketinggalan dalam pelajaran mereka. Terutama sekali anak-anak yang baru nak masuk sekolah pada tahun lepas, iaitu anak-anak yang berumur 6-7 tahun.

Anak-anak yang umur 6-7 tahun ini, pada tahun lepas, mereka sepatutnya masuk sekolah tadika atau darjah 1… pada umur tersebut, mereka akan belajar asas membaca, menulis dan mengira.

Saya perhatikan, teknik PdPR untuk anak-anak umur 6-7 tahun ini.. tidak berkesan. Tak boleh jalan orang kata.

Untuk anak-anak yang darjah 4 keatas dan sekolah menengah, saya lihat, anak-anak saya, bolehlah juga mereka “catch-up” dengan kaedah PdPR ni… tapi untuk anak umur tadika dan darjah 1… teknik PdPR ni tak begitu membantu.

Disebabkan itu, ramai anak-anak yang kini berumur 7-8 tahun sekarang ni, masih lagi tidak pandai membaca ataupun mengira (tambah, tolak, darab).

Malah Menurut Pakar Psikologi Kanak-kanak Pusat Pembelajaran Berterusan Universiti Malaya (UMCCed), Datin Prof. Mariani Md Nor, pelajar tahun satu 2021 mungkin akan berdepan masalah buta huruf apabila tidak dibimbing oleh guru dan ibu bapa dalam tempoh penutupan sekolah tahun ini.

Saya nampak benda ni benar, sebab saya ada anak yang berumur 6 tahun… pada tahun ini dia bersekolah tadika… selalunya, apabila sudah masuk pertengahan tahun begini, kanak-kanak 6 tahun selalunya sudah boleh mula mengeja dan membaca perkataan 2 suku kata….. tapi saya lihat anak saya sendiri, huruf ABC pun dia masih terkial-kial dan belum kenal sepenuhnya.

Jadi, idea projek ke-8 ini adalah merupakan juga projek yang akan saya jalankan pada MCO 3.0 ini, iaitu projek tuisyen anak dimana, saya akan buat seakan-akan kelas tuisyen dan mengajar sendiri anak saya sehingga dia boleh pandai membaca dan mengira.

Saya tidak boleh lagi letakkan harapan atau tugas pengajaran ini kepada cikgu di sekolah… tetapi saya dan isteri perlu ambil tangggungjawab tersebut.

Jadi, saya sudahpun beli beberapa bahan mengajar seperti flash card, apps belajar, buku latihan, papan whiteboard dan juga beberapa permainan learning based untuk memulakan projek tuisyen ini kepada anak saya.

Jika anda pun turut mempunyai anak sebaya anak saya, mungkin anda pun boleh buat projek ini!.. Silap-silap, lepas habis covid ni nanti, anda boleh ajar anak-anak jiran pula dan tak semena-mena boleh buat bisnes home tuisyen pula.. ho ho ho! 🙂

Ok! Habis.. kita ke idea projek yang seterusnya!

#4. Projek Saham

Ok! Ini projek ini untuk anda yang “berduit” sedikit.

Walaupun kita banyak mendengar tentang kisah ramai orang yang jadi susah sewaktu tempoh pandemik ini… tetapi, tidak dinafikan…. ada ramai juga orang, yang menjadi semakin mewah sewaktu pandemik ini.

Kita boleh lihat sendiri.. jualan kereta X70, konsol PS5 yang dilancarkan pada tahun lepas, berebut-rebut orang beratur dan tempah.

Apabila kerajaan mengumumkan morotorium selama 6 bulan pada tahun lalu, ditambah dengan kebenaran untuk mengeluarkan duit KWSP menerusi program i-sinar. Ramai orang yang secara tiba-tiba berjaya mempunyai cash puluhan ribu dalam simpanan mereka. Terutama sekali, kakitangan kerajaan.. 🙂

Harap-harapnya.. wang itu masih ada lagi lah dan belum habis.

Jadi, kalau anda antara orang yang bernasib baik tersebut… mungkin anda boleh pertimbangkan untuk jalankan projek saham ini. Iaitu melabur dalam pasaran saham!

Tapi…. macam yang saya ceritakan diatas… buat dulu “teknik iqra”.
Dapatkan dahulu sebanyak mungkin ilmu pasal pelaburan saham ini sebelum anda “buat praktikal” dan mencampakkan duit anda ke dalam pasaran saham.

Baca dahulu berpuluh-puluh artikel, beli ebook atau buku, join webinar, tonton video, masuk group-group sembang berkaitan saham dan sebagainya. Lepas dah buat semua itu dan anda dah betul-betul jelas dan faham bagaimana proses menjana keuntungan dengan saham itu boleh berlaku.. barulah anda betul-betul letakkan duit anda di pasaran saham.

Oh ya! Dalam teknik iqra ini.. sejujurnya.. saya ingin bagitahu anda… ianya tidak mencukupi dengan hanya anda membeli dan membaca sebuah ebook sahaja!

Anda perlu baca sekurang-kurangnya 2 buah ebook/buku, tapi jangan berhenti setakat itu sahaja… tambahkah lagi dengan membaca lebih banyak artikel-artikel, tips yang ada di internet, tonton video-video pasal topik tersebut di youtube, follow sifu-sifu topik tersebut di facebook dan pelbagai lagi cara.

Tujuan utama dia… untuk dapatkan info dan gambaran yang jelas bagaimana sesuatu perkara itu berfungsi dan berjalan dengan terperinci. Bukan sekadar tahu sikit-sikit dan ala kadar sahaja.

Jadi, gunakan tempoh lockdown ini untuk timba dan lombong ilmu dulu.

Klikjer juga ada terbitkan ebook pasal Pelaburan Saham, boleh lawati www.JomLaburSaham.com jika mahu info lanjut!

Baiklah.. kita dah sampai kepada idea projek lockdwon yang terakhir!

Idea ini sesuai untuk anda yang takde modal, takde duit, tengah susah, tak tahu nak buat apa dan sedang tercari-cari kaedah jana pendapatan tanpa perlu keluar sebarang modal.

#5. Projek Affiliate

Saya tidak pasti.. adakah anda pernah dengar atau tidak tentang affiliate!

Jika anda tidak pernah dengar..
Affiliate ini adalah seperti agen pemasaran.

Dimana, anda boleh daftar sebagai agen di sesebuah website, kemudian, anda promote website tersebut menggunakan link affiliate anda.

Selepas itu, jika ada orang yang klik link anda itu dan kemudiannya membuat pembelian di website tersebut, maka, anda akan dapat komisyen.

Untuk jadi affiliate ini… PERCUMA sahaja.. tak perlu bayar apa-apa yuran.

Kiranya tak perlu keluar sebarang modal pun.

Dan ia juga tidak perlukan anda buat ia sepenuh masa, boleh buat secara sambilan sahaja.. iaitu selepas waktu kerja anda… time-time anda tengah rehat di rumah, selepas makan ke… atau sewaktu tengah duduk rilek-rileks main henpon.. 🙂

Kat mana nak join program affiliate ni?

Ah ha! Berita baiknya…!

Klikjer ada menawarkan program affiliate ini!

Anda boleh mendaftar sebagai affiliate di website klikjer secara PERCUMA sahaja!

Lepastu.. boleh promote ebook-ebook terbitan klikjer kepada rakan-rakan , saudara-mara atau kenalan anda!

Jika mereka berminat dengan ebook klikjer tu dan membuat pembelian, maka anda akan dapat komisen sebanyak 50% dari harga jualan ebook tu!

Macam mana? menarik kan?

Daftar dah lah free…lepastu just sebarkan link sahaja…

Tak perlu nak layan customer, bungkus barang ke, simpan stok ke.. tak perlu buat semua tu!

Anda just share link sahaja…

Jika ada orang beli.. anda akan dapat komisen!

Komisen pula akan dibayar setiap bulan.. iaitu pada awal bulan… kiranya.. macam dapat gaji jugalah.. 🙂

Berminat?

Boleh daftar sebagai affiliate di borang bawah ni dan isi nama dan emel anda.

Selepas daftar, nanti anda akan dapat info lanjut yang lebih terperinci.

Baiklah… rasanya cukuplah sampai disini sahaja dulu!

Kalau ikutkan… sebenarnya.. ada banyak lagi idea projek yang saya nak sharekan.. Tapi cukuplah dulu…

Insyallah, kalau dapat feedback yang bagus dan ada permintaan…. saya akan kongsikan lagi idea-idea projek yang lain di masa hadapan.

Jika anda rasa email saya ini bermanfaat, bolehlah reply dan bagi sedikit feedback atau sharekan kepada kawan-kawan yang lain.

Isikan Nama & Emel Anda Untuk Order Panduan Terbaik Klikjer Sekarang!

Ada pelbagai jenis panduan yang anda boleh dapatkan dari Klikjer. Jom tengok semua senarai panduan klikjer di sini sekarang.

Similar Posts