10 Projek Bisnes Online Yang Anda Boleh Mulakan Hari Ini
Hari ini saya ingin kongsikan tentang 10 plan atau projek yang mungkin Syami boleh lakukan sekarang.
Jom kita tengok satu persatu!..
#1. Projek Shopee
Macam yang kita tahu… sewaktu tempoh lockdown ini, banyak kedai yang ditutup. Malah, pihak kerajaan juga menggalakkan orang ramai membuat pembelian secara online sahaja.
Dan buat masa ini.. website yang paling popular dalam urus jual beli online di Malaysia adalah website shopee.
Untuk pengetahuan anda, seramai 1.2 juta orang memasuki website/apps shopee setiap hari … ya.. sehari ya.. bukan sebulan.. sehari 1.2 juta pelawat!
Dengan bilangan pelawat seramai itu.. memang bermacam-macamlah barang yang dijualbeli di shopee.
Dari sekecil-kecil barang seperti skru, hinggalah kepada sebesar-besar barang seperti peti ais dan almari! Semuanya di beli di shopee sahaja!
Saya pun dulu, ragu-ragu… ada ke orang nak beli barang saya kalau saya jual kat shopee?… Maklumlah, kat shopee tu dah ramai giler orang jual barang.. mengikut statistik, sudah ada lebih 1.2 juta pihak penjual di shopee.
Tapi.. saya fikir… ala… cuba jelah try!
Kalau tak cuba.. manalah nak tahu kan?
Kalau saya cuba.. at least adalah juga kebarangkalian untuk saya berjaya.. mungkin 10% atau 20%.
Tapi.. kalau saya tak cuba langsung… maka, kebarangkalian untuk berjaya tu.. memang 0% lah!
Jadi, mengikut panduan bisnesshopee.com.. saya cuba setup kedai shopee yang baru pada MCO 2.0 yang lalu..!
Alhamdulilah… pada hari kedua.. dah ada orang beli barang saya di shopee! Memang terkejut dan seronok giler…! Betul-betul tak sangka! Iangatkan takde siapa nak beli barang saya jual! Ho ho!
Jadi, jika anda masih lagi belum ada kedai di shopee… mungkin anda boleh luangkan sedikit masa waktu lockdown ini, untuk setup kedai anda di shopee!
Terutama sekali, jika anda memang orang yang berniaga.
Zaman sekarang ni, kalau kita berniaga tetapi tiada kedai di shopee… dia macam tak lengkap.. macam.. makan nasi lemak tanpa sambal! Tak jadi cam gitu…. ho ho ho! Nasi lemak, mesti kena ada sambal.. tak kisahlah kalau sambal tu tak pedas ke, terlalu manis ke, tawar ke… yang penting, kena ada sambal.
Sama lah macam kedai shopee ni.. tak kisah kalau kedai shopee kita masa mula-mula tu gambar tak cantik ke, info tak cukup ke..? Tak kisah.. yang penting ada dulu.. kemudian kita perbaiki dari semasa ke semasa.
Jadi, kalau masih belum ada kedai di shopee.. cepat-cepatlah setup ya!
Eh? Ada ke orang beli time-time MCO ni… bukan semua orang Malaysia tengah susah ke?.. kuasa membeli orang Malaysia sudah jadi rendah! Orang dah tak membeli!
Eh? Betul ke?… Saya rasa pendapat tu macam kurang tepat.. tapi.. tak mengapalah… tak nak gado-gado…
Baiklah! Kalau anda fikir begitu.. jadi, mungkin anda boleh pertimbangkan idea yang kedua ini.. iaitu projek jana pendapatan dalam USD!
Atau senang kata …jual barang kepada orang putih di luar negara!. Amacam?
#2. Projek USD
Nak jana pendapatan dalam USD ni ada banyak cara.. tak semestinya kena pergi atau pindah ke luar negara baru boleh buat duit dalam USD.
Zaman sekarang ni, dengan duduk dalam bilik di rumah kita pun, kita dah boleh jana pendapatan dalam nilai USD.
Sebenarnya.. ada banyak cara untuk menjual barang kepada orang putih ni… sama ada menjual di ebay, jual di amazon, atau buat website ecommerce sendiri yang mensasarkan kepada pasaran antarabangsa!
Jual kat mat saleh ni memang seronok.. sebab, kadar keuntungannya tu selalunya akan berganda-ganda… barang yang berharga USD20 pada mat saleh tu.. diorang rasa macam beli barang RM20 je.. sedangkan, USD20 tu, bila tukarkan ke matawang RM, nilainya jadi RM80.
Jadi, tidak hairanlah tuan Herman (penulis RahsiaShopify.com) boleh jana ratusan ribu ringgit seorang diri dengan hanya duduk di depan komputer di rumah beliau tanpa ada staf mahupun office.
Tapi.. Untuk buat projek ini.. memang perlukan skill serta modal yang tinggi sedikit.
Perlu ada skill teknikal sedikit, marketing sedikit dan paling penting, faham dan pandai menulis omputih sikit la… kalau bahasa inggeris sekadar tahu i u i u i u sahaja.. mungkin kurang sesuai la.. 🙂
Eh.. saya ni tak pandai lah jual-jual barang ni…. modal pun takde.. saya suka buat benda yang rilek-rilek je.. tapi boleh jana pendapatan! Ada tak?
Oh ok… Ada… ada beberapa projek yang boleh kita buat secara santai-santai sahaja!
Tapi.. benda yang santai-santai ni… selalunya.. duit yang dapat pun santai-santai jer lah… tapi.. tak kisah.. yang penting.. kita seronok nak buat!
#3. Projek Youtube
Ah ha! Biasakan dengar orang kata upload video kat youtube boleh dapat duit!
Ya betul! Memang boleh buat duit…
Tapi.. ia bukanlah semudah, hari ini upload video.. esok terus dapat duit!
Ia sebenarnya memerlukan masa dan usaha yang banyak juga!
Anda mungkin perlu upload berpuluh-puluh video terlebih dahulu dan menunggu sekitar 6 bulan atau setahun sebelum nampak sebarang hasil dari projek youtube anda ini.
Tapi.. kalau anda enjoy buat perkara tu… ianya tidak menjadi masalah!
Buat disebabkan anda suka dan enjoy… bukan sebab nak dapat duit semata-mata!
Pasal duit tu.. Insyallah.. lama-lama.. duit tu akan muncul
(serius.. lama ya. mungkin selepas 1-2 tahun!)
Saya sendiri ada buat channel yuotube suka-suka untuk anak saya….
Ala.. just rakam video anak saya buat slime… rakam dia pasang lego, main rubick cube… lepastu adalah sikit video saya buat tutorial buka pintu terkunci.. video masak-masak… Ho ho ho.. ala.. suka-suka je.. takdelah serius sangat.
dan ya! Selepas setahun setengah buat channel youtube tu.. barulah saya dapat merasa USD100 yang pertama dari youtube! ho ho!.. oklah.. buat suka-suka je… 🙂
Kalau saya buat video tu memang target nak buat duit.. rasanya.. 1 bulan je saya dah berhenti dan putus asa dah…. tapi disebabkan saya just suka-suka… maka hasilnya pun sekadar “suka-suka” sahajalah..
#4. Projek Foto
Ah ha! Selain rakam dan upload video di youtube…
Handphone yang anda ada tu, boleh digunakan untuk tangkap gambar kan?
Jadi, mungkin anda boleh jalankan projek foto ini.
Tangkap banyak-banyak gambar yang ada di sekeliling rumah anda sewaktu tempoh MCO ini.. kemudian, upload dan jual di halaman-halaman photo stock seperti shutterstock , gettyimage, istockphoto dan sebagainya.
Cuma, untuk buat projek ni, kena ada ilmu sikitlah.. bukan main upload sahaja sebarang gambar yang ada.
Untuk panduan jual foto ini, klikjer belum ada ebook panduan khas mengenainya.
Tapi, kalau anda nak belajar pasal menjual foto secara online ni, saya rekemenkan course dari saifulnang ini, iaitu course fotowang.
Boleh klik link berikut untuk lihat senarai course berkaitan fotografi dan videografi yang pihak saifulnang tawarkan!
Lawati Saifulnang Academy Disini!
Menarik juga! Tapi ada tak projek yang boleh menenangkan minda dan rohani? Maklumlah.. zaman-zaman covid ni.. rasa kusut pulak tengok kes covid yang tak hilang-hilang…
Betul! Saya pun kadang-kadang stress juga tengok berita pasal covid nie!
Tak tahulah bila wabak covid ini akan berakhir…
Jadi.. untuk mententeramkan jiwa… mungkin kita boleh jalankan projek yang berkaitan dengan rohani sewaktu tempoh lockdown ini!
#5. Projek Jiwa
Dalam projek jiwa ini..kita gunakan tempoh lockdown ini untuk muhasabah diri dan perbaiki semula amalan kita.
Manalah tahu, dengan asbab kita berusaha memperbaiki amalan ibadah kita ini.. Allah akan permudahkan segala urusan dan melancarkan rezeki kita sepanjang waktu-waktu yang sukar ketika MCO ini… insyallah…!
Jadi dalam tempoh lockdown ini, mungkin kita boleh mulakan misi menghafal Al-Quran. Tak semestinya hafal seluruh al-quran, tetapi mungkin kita boleh mulakan dulu dengan menghafal surah-surah lazim.. atau surah-surah pilihan.. seperti surah al-mulk, ayat yassin dan surah-surah lain. Untuk lebih seronok, ajak sekali pasangan serta anak-anak kita untuk menghafal Al-quran bersama-sama.
Masa-masa ini juga, sangat sesuai untuk kita semak semula amalan ibadah kita, terutama sekali ibadah solat. Bilakah kali terakhir kita semak bacaan solat dan cara solat kita.. adakah ia benar-benar menepati sepertimana yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w..? Kita cuba relearn dan refresh semula ilmu kita tentang solat, tentang rukun qauli, qalbu dan fi’li dalam solat.
Moga-moga dengan usaha tersebut, hidup kita menjadi lebih tenang menghadapi hari-hari yang sukar ini.. 🙂
Bagaimana?
Baiklah… saya rasa .. macam dah panjang sangat pula…
saya stop dulu lah ya sampai sini..
Takut anda bosan pula nak baca post ini panjang-panjang.. 🙂
Kalau ada apa-apa feedback dan cadangan, boleh komen je di bawah ini.. 🙂
Sekian dulu untuk hari ini.

Ada pelbagai jenis panduan yang anda boleh dapatkan dari Klikjer. Jom tengok semua senarai panduan klikjer di sini sekarang.