Bagaimana Cara Ukur Keberkesanan Kempen Prelaunch?
Offer. Prelaunch.
Dua benda ini menjadi tunjang utama dalam kejayaan product launch.
Saya tak nak sentuh topik offer. Banyak kali dah bagi contoh.
Saya nak sentuh bab prelaunch.
Bagaimana untuk ukur keberkesanan kempen prelaunch?
Tip 1 – Cost per waiting list
Kiraan kos ini sama saja macam cost per lead.
Hanya beza pada nama saja.
Konsep tetap sama.
Kita kira kos berdasarkan berapa kita spend bajet marketing hari ini, dan berapa jumlah database yang kita dapat pada hari yang sama.
Berapa jumlah kos yang terbaik? Tak ada jawapan spesifik. Bergantung pada model bisnes, margin dan sebagainya.
Contoh kiraan kos:
- Tarikh: 20hb November 2020 (Jumaat)
- FB Ads: RM100
- Jumlah waiting list: 10 prospek.
- Cost per waiting list: RM100 / 10 prospek = RM10
Tip 2 – Post waiting list survey
Apa maksud post waiting list survey?
Selepas prospek masukkan nama, email dan nombor telefon, kita hantar mereka untuk jawab survey online.
Survey ini membantu kita untuk nampak lebih jelas, adakah waiting list kita ini teruja dan faham apa yang perlu dibuat semasa product launch nanti.
Biasanya pakai Google Form pun dah cukup.
Contoh flow?
FB Ads > Masuk waiting list > Jawab survey
Contoh soalan dalam post waiting list survey:
Soalan 1 – Adakah anda faham bahawa anda perlu buat pembelian produk ABC dengan harga RM99 untuk dapat free gift?
Jawapan: Ya / Tidak.
Soalan 2 – Adakah anda mahu kami hantar SMS masa jualan dibuka (pukul 8 malam nanti), supaya anda berpeluang jadi 10 pembeli pantas untuk dapat hadiah Playstation 5?
Jawapan: Ya / Tidak.
Tip 3 – Engagement
Engagement juga penting.
Ini dalam bahagian prelaunch.
Kita mahu dapatkan respon daripada prospek-prospek yang berada dalam waiting list.
Contohnya, kita guna email marketing.
Setiap kali kita hantar email, kita boleh minta mereka reply benda yang simple.
Supaya kita tahu prospek kita ini aktif atau senyap seperti cengkerik.
Contoh cipta engagement menggunakan email marketing:
Hai. Saya Amin.
Terima kasih sebab masukkan nama dalam waiting list untuk produk ABC.
Jika anda teruja dan tak sabar menanti jualan dibuka, sila reply “Saya teruja” sekarang.
Saya akan baca dan cuba reply setiap satu email.
Terima kasih.
Ada satu lagi benda yang saya nak ingatkan.
Stok buku Hack A Launch semakin sikit untuk bulan ini.
Kalau anda belum ada, boleh tempah sekarang di sini.

Buku Hack a Launch akan dedahkan formula, strategi, langkah demi langkah untuk dapatkan sales 6 ke 7 angka dalam masa kurang 4 jam.