|

3 Peringkat Marketing Funnel Untuk Promosikan Bisnes Anda

Saya tahu anda dah biasa dengar tentang funnel. Ramai sifu-sifu dah cerita banyak tentang funnel ni..

Persoalannya adalah : Anda dah ada FUNNEL sendiri tak?

Tak perlu jawab.

Mengikut Gary Vee seorang pakar dalam dunia digital marketing, 70% ushawan online mulakan bisnes mereka tanpa sebarang funnel.

Dalam dunia digital marketing, Traffic adalah nadi kepada bisnes.

Lebih banyak traffic > Lebih banyak leads > Lebih banyak sales

ianya satu proses yang tiada jalan short-cut. Bermula dari traffic akan medatangkan sales.

Tak logik kalau kedai yang ramai pengunjung akan dapat sales yang kurang dari kedai yang tiada pengunjung kan?

Begitu juga dengan kempen iklan kita.

Iklan yang mempunyai traffic yang tinggi biasanya mempunyai potensi untuk mendapat sales yang lebih padu.

Peringkat kumpul traffic ini kita panggil sebagai TOFU ( Top of the Funnel)

Di peringkat ini adalah golongan prospek yang aware tentang masalah yang mereka hadapi tetapi tidak pasti apa solusi dan siapa yang boleh bantu selesaikan masalah mereka.

Di peringkat inilah peranan iklan kita untuk memberitahu kepada mereka tentang solusi kepada masalah mereka.

Orang akan lebih mudah datang pada kita kerana nak belajar sesuatu dari nak membeli sesuatu.

Bila kita faham funnel, cara kita beriklan akan berubah. Kita akan dilihat lebih ‘pakar’ dari pesaing kita yang lain. Waktu ni, kita jual mahal pun orang beli.

Faham?

Next, saya akan cerita tentang MOFU (Middle of the funnel) & BOFU (Bottom of the Funnel)

TOFU adalah peringkat paling awal dalam proses funnel.

Di peringkat TOFU ini adalah golongan prospek yang aware tentang masalah yang mereka hadapi tetapi tidak pasti apa solusi dan siapa yang boleh bantu selesaikan masalah mereka. Mereka tak pasti sama ada masalah mereka boleh selesai atau tidak.

Mereka masih tercari-cari..

Selepas kita dah tahu golongan yang ada di peringkat TOFU, baru kita tahu yang sebenarnya tugas utama kita dalam peringkat ini adalah untuk memberi kesedaran (awareness) kepada mereka bahawa masalah mereka boleh di selesaikan.

Peringkat MOFU (Middle Of The Funnel)

Di peringkat MOFU adalah golongan yang sudah mendapat idea bagaimana mereka boleh selesaikan masalah mereka.

Kalau di peringkat TOFU mereka sedang mencari solusi kepada masalah, Di peringkat MOFU mereka sedang mencari-cari siapa yang boleh selesaikan masalah mereka.

Di sinilah peranan kita untuk memberitahu kepada mereka bahawa orang yang di cari-cari adalah kita sebagai orang yang boleh selesaikan masalah mereka.

Peringkat BOFU (Bottom of the Funnel)

Ini adalah peringkat terakhir dalam purchase funnel. Di sini adalah peringkat di mana kita akan cuba sedaya upaya untuk convert prospek menjadi customer.

Golongan di dalam peringkat ini sudah tahu apa masalah mereka & dah tahu siapa yang boleh selesaikan masalah mereka..

Cuma kita hanya perlu pastikan yang mereka akan pilih kita berbanding orang lain..

Di peringkat ini lah peranan kita untuk memberitahu pada mereka bahawa mengapa mereka perlu memilih kita.

Saya harap anda sudah faham sedikit sebanyak tentang funnel ni.

Kalau anda tak tahu macam mana nak start onlinekan bisnes anda, boleh dapatkan panduan video Ads Hero ini.

Anda akan belajar step by step bagaimana naikkan jualan anda secara online.

Isi Nama & Emel Anda Untuk Dapatkan Info Lanjut Panduan Video Ads Hero.


Similar Posts